Surah

Showing all 4 results

  • Rahsia Surah Al-Mulk | Abdul Fatah Zakaria | Rimbunan Publishing House

    RM22.90

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda,

    “Sesungguhnya ada satu surah dalam al-Quran sebanyak tiga puluh ayat yang dapat memberikan syafaat kepada pemiliknya (orang yang membacanya), orang itu akan diampuni dosanya, iaitu surah Tabaarakalladzi Biyadihil Mulku (Surah al-Mulk).”

  • Riyadus Solihin: Taman Orang Soleh (Hardcover)

    RM120.00

    Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak.

    Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu. Kita akan menjelajahi lautan ilmu yang penting. Isi kandungan kitab ini dikupas dan ditulis mengikut rujukan al-Quran dan hadis yang sahih. Pengarang kitab ini adalah ulama agung yang mempunyai ilmu yang luas dan kefahaman mendalam berkenaan sunnah Rasulullah.

    Al-Quran sebagai petunjuk. Kitab agama sebagai rujukan. Riyadus Solihin adalah antara satu kitab yang perlu ada di setiap rumah, surau & masjid.

  • Mukjizat Surah Al-Kahfi

    RM12.00

    Mukjizat Surah Al-Kahfi menekuni satu per satu perbincangan perihal surah Al-Kahfi. Kita dapat mengetahui banyak perkara, seperti sebab turunnya surah ini, tafsiran ayat, dan kelebihan-kelebihan ayatnya.

    Mukjizat Surah Al-Kahfi hanya dari segi bacaan, tetapi merangkumi rahsia isi-isinya. Antaranya adalah:

    • Rahsia Ashabul Kahfi
    • Rahsia Zulkarnain
    • Rahsia pengembaraan Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s.
    • Rahsia teguran Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w.
  • Menyingkap Mukjizat Surah Al-Waqiah (Edisi Kemas Kini)

    RM14.00

    Ramai individu mengeluh apabila usaha yang dilakukan tidak memberikan hasil seperti yang diimpikan.

    Adakah kita mengkaji sebab terjadi perkara sedemikian?

    Adakah kita pernah mendengar usaha semata-mata juga tidak menjaminkan kejayaan?

    Oleh itu, mari menerokai keajaiban dan kelebihan surah Al-Waqiah menerusi buku ini. Selain itu, pengarang turut menghuraikan teknik bagi mengamalkan surah Al-Waqiah secara istiqamah serta menerangkan tiga golongan yang disebutkan dalam surah Al-Waqiah.