Resipi & Masakan

Showing all 9 results

  • Resipi Azie Kitchen : Langkah Demi Langkah Memasak Dengan Mudah (Dwibahasa)

    RM55.00

    Haziah Jaya atau Kak Azie merupakan pempengaruh media sosial dan pemblog terkenal Malaysia. Beliau pernah berkolaborasi dengan beberapa jenama seperti Mi MAGGI, MAGGI Cukup Rasa, Adabi, Seri Aji dan Knorr.

    Beliau juga sering muncul di kaca televisyen sebagai tetamu dalam rancangan memasak seperti Cerita Dapur Viral (Naura Share, Astro) dan Nona (TV3). Menggaul pengalaman dalam dunia masakan, beliau telah mengumpul resipi sejak daripada bangku sekolah lagi.

    Koleksi resipinya diambil daripada keluarga, rakan-rakan dan daripada pengalamannya yang suka eksperimen dengan idea-idea baru.

    Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (kepujian) dari Universiti Malaya ini pernah menggalas tugas sebagai pengurus di Bank Negara Malaysia. Selepas bersara, beliau semakin aktif dalam dunia masakan dan sebagai penulis buku resepi. Menariknya, buku resipi beliau tersenarai sebagai buku terlaris di Malaysia pada 2020.

    Memulakan blog Azie Kitchen pada 2011, ia bertujuan untuk berkongsi resipi kepada para pengikut blognya. Beliau turut menyelitkan kisah kehidupan keluarganya, baik sewaktu menikmati masa bersama mahupun cerita ketika bercuti di dalam dan luar negara.

    Terbaru, blog Azie Kitchen merupakan blog masakan nombor 1 di Malaysia dengan pageview 262 juta serta 100,000 pengunjung setiap hari. Jumlah pengunjung akan berganda menjelang musim perayaan.

  • 77 Resipi Istimewa Pressure Cooker : Edisi Kemaskini | Chef Hanieliza | PTS

    RM27.00

    Buku resepi ini menggunakan Periuk Tekanan Elektrik berjenama “NOXXA”

    Buku ini menghimpunkan 77 resipi istimewa pelbagai kategori yang dihasilkan 100% daripada periuk tekanan pelbagai guna. Resipi-resipi ini dihasilkan oleh Chef Hanieliza yang terkenal dengan buku I Hari 1 Resipi.

  • Chef Norzailina Nordin – 100 Resipi Kek, Biskut, Manisan dan Kudapan

    RM27.00

    Karya ke 43 Chef Norzailina Nordin ini menjanjikan kelainan kerana di dalam buku ini mengandungi himpunan resipi kek, biskut, manisan dan kudapan.

    Pembaca tidak perlu tercari-cari resipi yang diperlukan di dalam buku-buku yang berlainan.

    Di samping itu Chef Norzailina juga menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah didapati.

    Penyediaan yang disertakan dengan gambar langkah demi langkah dapat membantu pembaca menyediakan resipi yang diidamkan.

    Selamat mencuba!

  • Chef Hanieliza – 50 Resipi Biskut & Kek (Edisi Kedua)

    RM18.00

    Buku 50 Resipi Kek & Biskut diberi sentuhan baru dengan gambar-gambar penyediaan yang lebih menarik.

    Terdapat 6 bonus resipi terkini yang pasti menyelerakan. Indikasi penyediaan yang jelas, iaitu tempoh penyediaan bahan dan tempoh memasak turut disertakan.

    Resipi-resipi yang disediakan oleh Chef Hanieliza dalam buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan hidangan semasa hari perayaan ataupun sebarang majlis keraian, tetapi boleh dijadikan juadah minum petang.

  • Chef Hanieliza – 111 Resipi Herba Aroma Istimewa

    RM29.00

    Rasai keunikan enam jenis herba yang diadun dalam 111 resipi dan semuanya dihimpunkan dalam sebuah buku. Herba-herba yang digunakan senang didapati dan pasti menambahkan kelazatan dalam masakan.

    Dimuatkan lebih daripada 150 gambar penyediaan dan tip-tip masakan yang menjamin resipi ini gerenti jadi! Resipi kreatif oleh Chef Hanieliza membantu kita merancang menu harian berdasarkan jumlah hidangan.

  • Noy Yullan – 77 Resipi Kek Lapis Sarawak

    RM25.00

    Buku ini adalah himpunan 77 resipi kek lapis Sarawak moden dan tradisional yang dimasak menggunakan kaedah bakar dan kukus.

    Resipi-resipi ini dihasilkan oleh Noy Yullan yang berasal daripada Sarawak. Beliau begitu teliti dalam menghasilkan setiap resipi kek lapis Sarawak.

    Terdapat penambahan resipi yang diambil dan diolah daripada resipi kek lapis yang lama. Ada resipi tahun 80-an, 90-an, dan awal tahun 2000.

    Sukatan resipi lama ditukar mengikut sukatan standard (gram, cawan, dan sudu metrik) kerana sukatan lama agak sukar diimplimentasi.

  • Chef Hanieliza – 77 Resipi Bakar & Kukus

    RM25.00

    Untuk buku kali ini, Chef Hanieliza menyajikan hidangan yang dimasak dengan cara membakar dan mengukus, cara memasak yang lebih sihat kerana tidak menggunakan minyak yang banyak.

    Pada era yang mana kesedaran tentang kesihatan meningkat, cara penyediaan makanan juga turut berubah.

    Namun ada yang berkata, masakan yang dibakar ataupun dikukus tidak seenak yang digoreng ataupun ditumis. Ini adalah tidak benar.

    Dengan resipi dan panduan memasak yang betul, kita boleh menjamukan hidangan bakar dan kukus yang sedap sehingga menjilat jari.

    Chef Hanieliza berharap supaya buku ini dapat membantu pembaca semua merealisasikan impian memasak secara sihat.

     

  • Chef Hanieliza – 77 Resipi Cepat & Sedap Rice Cooker

    RM27.00

    Kini tiada alasan lagi untuk tidak memasak. Tanpa periuk yang canggih, pelbagai masakan yang enak dapat dihasilkan. Chef Hanieliza tampil dengan buku resipi terbaru bertajuk 77 Resipi Cepat & Sedap Rice Cooker.

     

    Resipi Ayam / Daging

    Resipi Ikan / Makanan Laut

    Resipi Nasi

    Resipi Mi / Pasta

    Resipi Tauhu / Telur

    Resipi Kuih-Muih / Dessert

    Resipi Kerabu, Salad, dan Sayur

  • Chef Hanieliza – 77 Resipi Istimewa AIR FRYER

    RM25.00

    Buku ini menghimpunkan 77 resipi istimewa pelbagai aneka hidangan harian yang mudah dan cepat dimasak dengan Air Fryer pelbagai guna.

    Resipi-resipi ini dihasilkan oleh Chef Hanieliza yang terkenal dengan buku I Hari 1 Resipi.