Tun Sri Lanang

Showing the single result

  • Sale!

    Karya Agung Sulalat Al-Salatin | Tun Sri Lanang | Yayasan Karyawan

    RM159.00

    Sulalat al-Salatin atau Sejarah Melayu telah dimartabatkan sebagai warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 2012.

    Pengiktirafan tersebut merupakan satu pengiktirafan kepada karya agung Melayu di dalam bidang kesusasteraan Melayu tradisi.

    Karya agung ini merupakan satu-satunya sumber yang meriwayatkan kesultanan Melaka sebagai kemaharajaan maritim yang terawal pada abad ke-15 dan ke-16.

    Tun Seri Lanang sebagai pengarang karya agung ini telah meriwayatkan tentang kesultanan Melaka, tetapi juga kesultanan Johor, Pahang, Terengganu, Aceh, Rokan, Pasai, Kampar, Brunei, Sulawesi, Bentan, Temasek dan lain-lain.

    Kesultanan Melaka adalah sebuah kemaharajaan yang besar lagi berpengaruh pada zaman itu.

    Kebijaksanaan pengarang juga telah memperlihatkan bahawa kesultanan Melaka juga setanding dengan kemaharajaan China, Benua Kalinga, Siam dan Majapahit.