Shopping Cart

No products in the cart.

40 Kisah yang Membuatkan Nabi Ketawa Berdasarkan Hadith Sahih

RM16.00

Dalam sejarah perjalanan hidup Nabi s.a.w. dalam menyampaikan dakwah, walaupun terdapat pelbagai kesulitan, Baginda s.a.w. tetap ketawa dan tersenyum dalam banyak keadaan.

Ini menandakan bahawa Baginda s.a.w. mempunyai naluri manusia yang fitrahnya ada sedih, marah, ketawa, menangis, dan sebagainya.

Buku ini mengumpulkan peristiwa dalam hadith-hadith Nabi s.a.w. yang membuatkan Baginda ketawa mahupun tersenyum perihal sesuatu perkara yang dilakukan oleh para sahabat Nabi s.a.w.

Ini menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. adalah seorang yang periang dan adakalanya sehingga Baginda ketawa dan tersenyum bukanlah sekadar watak Nabi yang serius, sedih, ataupun marah sahaja.

Di samping itu, dalam buku ini dijelaskan bahawa Baginda ketawa ataupun senyum dalam sesuatu keadaan sama ada membawa maksud Baginda mengiyakan ataupun membenarkan perkara yang berlaku.

Ia menjadi sunnah taqririyyah (diakui oleh Nabi s.a.w. akan sesuatu hukum) ataupun sekadar menjadikan Nabi gembira sahaja tanpa ada apa-apa maksud.

Juga, menjadi suri teladan kepada masyarakat dan pendakwah bahawa Nabi s.a.w. juga mampu ketawa dan tersenyum di samping sahabat dan orang yang didakwah.

Sold: 3
FREE DELIVERY (Semenanjung) Pembelian RM120 & keatas. Tamat pada pukul 11.59 malam 12 Mac 2023.
Share This Book

Description

ISI KANDUNGAN

Mukadimah

Pengenalan

KISAH 1
Ucapan Seorang Lelaki Miskin yang Bersama Isterinya di Siang Bulan Ramadan

KISAH 2
Seorang Lelaki Mengambil Upah Menjampi Ketua Suku Kaum Arab

KISAH 3
Seorang Lelaki Arab Badwi Berlepas Diri daripada Perkerjaan Kaum Ansar dan Quraisy

KISAH 4
Sekumpulan Sahabat yang Ingin Berjuang

KISAH 5
Ucapan Umar Terhadap Kata-Kata Ummu Salamah

KISAH 6
Pendeta Yahudi yang Menceritakan Kebesaran Allah

KISAH 7
Nabi Tersenyum Lalu Tertawa Ketika Menemui Umatnya Sewaktu Solat Subuh di Hari Akhir Hayat Baginda s.a.w.

KISAH 8
Permohonan Para Sahabat

KISAH 9
Nabi s.a.w. Tersenyum Ketika Hendak Mensolatkan Jenazah Abdullah bin Ubai bin Salul

KISAH 10
Ucapan Seorang Lelaki Berbangsa Iran

KISAH 11
Sumpah Sahabat Bernama Abu Ramsah

KISAH 12
Kepulangan Abu Ubaidah Al-Jarrah

KISAH 13
Sahabat yang Bernama Suhaib

KISAH 14
Kematian Lelaki Musyrik

KISAH 15
Kisah Sahlah binti Suhail

KISAH 16
Kisah Ummu Sulaim

KISAH 17
Rifa’ah bin Al-Qurazi Menceraikan Isterinya

KISAH 18
Lelaki yang Bermimpi Kepalanya Dipukul

KISAH 19
Lelaki yang Melakukan Maksiat

KISAH 20
Ucapan Aisyah

KISAH 21
Seorang Lelaki yang Pakar Berkenaan Ilmu Asal Usul Keturunan

KISAH 22
Amr Al-Ash Tidak Mandi Junub pada Musim Sejuk

KISAH 23
Ucapan Seorang Lelaki Ketika Sedang Makan

KISAH 24
Seorang Arab Badwi Berdoa

KISAH 25
Sahabat Bernama Nuaiman yang Diperdayakan oleh Suwaibith

KISAH 26
Kisah Doa yang Nabi s.a.w. Pohon

KISAH 27
Kisah Aisyah dan Saudah r.a.

KISAH 28
Pengharaman Arak

KISAH 29
Dialog Nabi s.a.w. dengan Seorang Lelaki Berkenaan dengan Pemerintahan

KISAH 30
Aisyah dan Permainannya

KISAH 31
Syaitan yang Takut kepada Umar r.a.

KISAH 32
Pemandu Nabi s.a.w. Bernama Anjasyah

KISAH 33
Dua Ekor Kambing yang Saling Bergaduh

KISAH 34
Abdullah bin Zubair yang Berbaiah Semasa Kecil

KISAH 35
Kisah Percakapan Aisyah

KISAH 36
Kisah Raja Qaisar yang Membaca Al-Quran

KISAH 37
Kisah Seorang Sahabat Nabi s.a.w. yang Berguling-Guling di Atas Tanah Ketika Bertayamum

KISAH 38
Kisah Seorang Sahabat yang Menziharkan Isterinya Lalu Menggauli Isterinya

KISAH 39
Kisah Seorang Wanita yang Ingin Melakukan Haji

KISAH 40
Peperangan Khandak

Penutup

Rujukan

Additional information

Weight 0.34 kg