Shopping Cart

No products in the cart.

Lead Like Muhammad | Ainon Mohd | PTS

RM35.00

Nabi membawakan kebaikan kepada penduduk seluruh dunia, bukan hanya kepada umat Islam sahaja.

Banyak ilmu kepimpinan yang beliau ajarkan dapat dipraktikkan oleh orang-orang Islam dan juga orang-orang bukan Islam.

Buku ini menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP yang digali daripada hadith-hadith yang mempunyai elemen psikologi di dalamnya, dan bagaimana elemen-elemen itu dapat diaplikasi.

Sold: 14
FREE DELIVERY (Semenanjung) Pembelian RM120 & keatas. Tamat pada pukul 11.59 malam 12 Mac 2023.
Share This Book

Description

Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP kepimpinan gaya Nabi dapat dikumpulkan ke dalam 2 kategori:

 

KATEGORI 1

Dalam kategori ini adalah amalan-amalan, rutin dan ritual yang dilakukan oleh Nabi sebagai pemimpin yang beragama Islam.

Dari sudut aplikasinya, amalan-amalan, rutin dan ritual itu adalah khusus untuk ketua-ketua yang beragama Islam sahaja.

Buku-buku kepimpinan gaya Nabi yang ditulis oleh golongan agamawan fokus menerangkan amalan, rutin dan ritual dalam kategori ini.

Buku-buku itu hanya relevan kepada pemimpin dan ketua-tua yang beragama Islam sahaja.

 

KATEGORI 2

Dalam kategori ini adalah prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP gaya Nabi yang bersifat universal, yang dapat berdiri sendiri, yang tidak perlu dikaitkan dengan iman dan akidah.

Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kategori ini dapat dipisahkan daripada kepercayaan spiritual.

Sesiapa sahaja dapat mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP itu. Orang bukan Islam pun dapat menggunakannya dengan mudah sekali.

Jika pemimpin dan ketua hanya mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kategori ini sahaja pun dia sudah mampu memimpin organisasinya secara efektif.

Buku ini fokus menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kepimpinan gaya Nabi yang bersifat universal.

Ada 3 Bahagian Huraian Yang Dikupas Bagi Setiap Bab.

Isu Semasa – Menerangkan isu semasa mengenai kepimpinan yang berlaku dalam organisasi.

Hadith Pilihan – Menghurai hadith yang berkaitan yang menyelesaikan masalah isu semasa yang berlaku.

Aplikasi & SOP – Menerangkan cara aplikasi hadith & SOP yang bersesuaian dengan keadaan sekarang.

 

Buku ini sesuai dijadikan sumber rujukan bagi pengurusan organisasi.

 

Additional information

Weight 0.4 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.