Home » Shop » Set Tafsir Al – Azhar : 30 Juzuk | HAMKA | Penghantaran Percuma (Semenanjung)
Sale!

Set Tafsir Al – Azhar : 30 Juzuk | HAMKA | Penghantaran Percuma (Semenanjung)

RM739.90

  • 30 buah buku merangkumi 30 juzuk
  • Softcover & tiada kotak khas
  • Saiz setiap juzuk: 6 inci x 9 inci
  • Purata ketebalan setiap juzuk: 0.5 – 1 inci
  • Purata muka surat bagi setiap juzuk: 300 – 400 halaman
  • Anggaran ketebalan untuk satu set lengkap 30 juzuk: 20 – 21 inci
  • Tulisan asal HAMKA dalam Bahasa Melayu (Indonesia) dikekalkan.
  • Tulisannya mudah difahami oleh penutur bahasa Melayu di seluruh nusantara.
  • Penerbit : PTS Media & Publication
  • Penulis : HAMKA

Penghantaran Percuma untuk Pembelian RM120 keatas

  • Check Mark Dijamin original
  • Check Mark Ganti Percuma Jika Rosak
  • Check Mark Pembayaran Selamat
GUARANTEED SAFE CHECKOUT
  • Visa Card
  • MasterCard
  • Apple Pay

 

Apa bagusnya Tafsir Al-Azhar ini?

1. Bahasanya mudah dan indah.

2. Tafsirannya dekat di hati.

3. Penafsirnya adalah ulama yang diperakui oleh para tokoh agama.

4. Format buku biasa yang mudah dibawa ke sana sini.

5. Pakej lengkap 30 buku, 30 juzuk Al-Quran pada harga ekonomi.


Mengapa tafsir Al-Azhar perlu ada di rumah kita?

1. Kerana ia mengandungi pelbagai bidang ilmu, ditafsirkan dalam bentuk yang ringan lagi mudah difahami.

2. Kerana ia disulami dengan bahasa Melayu indah Buya Hamka yang tak jemu dibaca berulang-ulang kali.

3. Kerana ia ditulis dengan citra Melayu yang mana contoh dan konteks yang dekat dengan masyarakat dan budaya Melayu nusantara.

4. Kerana di rumah sudah ada Quran, Quran terjemahan tetapi tiada tafsir Al-Quran.


Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

Tafsir ini mudah difahami dan diolah dengan suasana alam nusantara. Bahasanya lebih santai dan disulami sastera indah oleh HAMKA.

HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Tafsir Al Azhar cukup sesuai untuk kita memahami dan mengkaji mengenai Al-Quran.

Kenapa?

  • Tafsir Al-Azhar dikarang oleh buya Hamka, seorang ulama nusantara yang faham konteks masyarakat nusantara.
  • Tafsir Al-Azhar adalah tafsir istimewa yang meraikan citra melayu. Lengkap dengan contoh tempatan nusantara, puisi, madah, sajak dan kata-kata indah bahasa melayu sepertiAnak Tiung atas Rambutan, Bernyanyi Bertongkat Paruh, Tertegun Kapal di Lautan & Datang Angin Berlayar Jauh.
  • Bahasa yang halus dan kandungan penafsiran yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu.
  • Tafsiran yang diperakui para ulamak dan rujukan ramai ilmuwan.

Set Lengkap Tafsir Edisi Pengajian

Lebih istimewa, PTS Media Group Sdn Bhd, penerbit rasmi Tafsir Al-Azhar di Malaysia sudah menerbitkan set lengkap Tafsir Edisi Pengajian yang mana keistimewaannya adalah:

1. Mengikut juzuk yang memudahkan pembaca untuk menelaah berbanding berbentuk kitab yang besar dan tebal.

2. Dalam format buku standard yang mudah dibawa ke mana-mana berbanding kulit keras dan tebal yang sukar dan berat untuk dipegang.


TAFSIR AL-AZHAR, TAFSIR Al-QURAN ALAM MELAYU, KARYA MONUMENTAL

Tafsir Al-Azhar dianggap karya tafsir bersifat monumental bagi alam melayu. Mengapa?

1. Tafsir Al Quran yang lengkap dalam bahasa melayu dan dianggap sebagai yang terbaik pernah dihasilkan bagi masyarakat muslim melayu nusantara.

2. Susunan bahasanya yang halus dan kandungan bagi setiap pentafsirannya amat menyeluruh. Ia merangkumi semua lapangan ilmu termasuk sains dan teknologi.

3. Ia mengunakan metod tahlili iaitu analisa secara terperinci dan mudah difahami.

4. Pendekatan tafsir yang unik iaitu dengan mengambil kira pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat.

5. Dikaitkan dengan cara hidup masyarakat setempat (nusantara) yang pelbagai. Kupasan dari sudut sosiologi, antropologi, sejarah, ilmu kalam, tasawuf, sastera, psikologi dan pengalaman peribadi dimasukkan oleh Hamka pada bahagian yang bersesuaian.

6. Mengutamakan tafsir dengan kaedah Al-Ma’thur iaitu tafsiran Quran dengan ayat Quran yang lain, hadith, pendapat para sahabat dan juga tabi’en.

7. Menyelitkan tafsiran berbentuk Ra’yi iaitu tafsiran menggunakan pendapat sendiri tetapi masih memenuhi syarat-syarat syariah.

8. Menerapkan elemen sastera melayu seperti pantun, syair dan sajak dalam menafsirkan ayat Al-Quran.