Buku Yang Dijual Di Laman Web ini Adalah Disahkan Original oleh Penerbitnya
Tuhan Mahu Berbicara Denganku | Ayat Ibrahim | Syifa Resources
RM35.00
Seorang pemuda tiba di satu perkampungan. Tiba-tiba disambut penuh kemuliaan
“Gunalah segala apa yang ada di kampung ini. Semuanya milikmu. Dan kami sekampung akan ikut sebarang permintaanmu?
Terpinga-pinga kehairanan, tertanya-tanya mengapa dirinya dilayan sedemikian rupa.
Seorang manusia yang waras pasti tertanya-tanya kenapa.
Begitu gambaran di sebuah perkampungan.
Bagaimana pula dengan seorang manusia yang lahir ke dunia, tiba-tiba diberikan kelebihan bahkan kemuliaan berbanding makhluk lain (haiwan dan tumbuhan). Dikurniakan akal & azam untuk sentiasa berkembang. Ditundukkan makhluk lain untuk kegunaannya. Pokok tidak memberontak saat mahu ditebang. Haiwan ternak besar & gagah tetapi jinak untuk manfaat manusia.
Sedangkan…..
Manusia itu diciptakan.
Halwan itu diciptakan.
Tumbuhan itu diciptakan.
Gunung-ganang diciptakan.
Tetapi mengapa manusia dimuliakan berbanding ciptaan lain? Mengapa manusia yang terpilih mengurus bumi ini? Apakah Pencipta ada memberikan pesanan akan tujuan manusia diciptakan?
Buku ini mengajak pembaca memikirkan mesej daripada Pencipta.
Out of stock
Additional information
Weight | 0.30 kg |
---|
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet.