Shop

Showing 61–80 of 118 results

  • Auni Zainal – Mawaddah Ilmi Ingin Pulang

    RM30.00

    Dia diam apabila marah.

    Dia diam apabila sedih.

    Dia diam apabila kecewa.

    Mawaddah Ilmi tidak tahu apa masalah dirinya. Namun, dia sentiasa pasti yang dia tak berhak disayangi, apatah lagi layak ke syurga.

    “Aku tak pernah buat apa-apa dengan betul. Aku menyusahkan orang lain sejak dulu. Semuanya salah aku sebab aku tak cukup baik.”

    Pendirian Mawaddah berubah sejak Iffat Rusyaidi melihat dia dimalukan semasa suatu temu duga. Dia sentiasa mengelak daripada Iffat, sehinggalah dia menyedari Iffat sebenarnya mengetahui kisah silamnya yang selama ini dilindungi.

    Sehelai nota dari masa lalu membuatkan Mawaddah tersedar bahawa ada sesuatu dalam dirinya yang harus diselamatkan – jika dia berani memaafkan dan mencintai dirinya sendiri.

  • Al-Quran yang Belum Kita Baca

    RM27.00

    Dalam buku ini Ustaz Luqman menyajikan lebih 50 kisah pendek yang akan membuatkan anda berkata, “Oh, ada ayat begini dalam al-Quran ?”

    Pengalaman rohani ini sungguh mengasyikkan. Orang yang hafal dan faham al-Quran pun ada ketika melalui pengalaman ini. “Baru perasan!” Bahkan sahabat Nabi dahulu pun pernah alami. Antara kisah yang menarik:

    Kisah 3 – Nabi Menangis
    Kisah 4 – Cagar Dulu
    Kisah 15 – Pujuk Suami
    Kisah 32 – Sakit Sebulan
    Kisah 35 – Semua Masuk Neraka! Kisah 48 – Roti dan Kacang Dal
    Kisah 60 – Menangis

  • Berani Speaking – Panduan Untuk Selesa & Yakin Bertutur Bahasa Inggeris

    RM38.00

    Buku praktikal mempelajari bahasa Inggeris yang informatif dengan gabungan info grafik, lukisan, carta, serta ayat-ayat yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

    Buku ini terbahagi kepada empat bahagian utama dengan nama yang unik iaitu:

    Bahagian 1: Values/ Submarine

    Bahagian 2: Attitude/ Scuba Diving

    Bahagian 3: Skills/ Snorkeling

    Bahagian 4: Knowledge/ Surface

    Buku ini turut mengandungi teori-teori kreatif yang seronok dipelajari berserta latihan-latihan praktikal yang boleh dilengkapkan bagi mengukur tahap kefahaman masing-masing.

  • Sale!

    Berjuang Urus Emosi (Sokongan Emosi untuk Wanita Bergelar Ibu) | Fatimah Syarha | PTS

    RM38.00

    Transisi kehidupan daripada seorang gadis menjadi seorang ibu, pasti akan meninggalkan kesan berbentuk emosi, mental dan fizikal buat seseorang.

    Buku ini menawarkan solusi perjuangan mengurus emosi yang dilalui para ibu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah, perubatan moden dan pengalaman peribadi.

  • Don’t Worry, Allah Lebih Tahu Yang Terbaik

    RM25.00

    Pernahkah kita berasa Allah s.w.t. tidak berlaku adil kepada kita kerana Dia belum mengabulkan doa dan permintaan kita?

    Pernahkah kita berasa Allah s.w.t. berbuat kejam kerana menimpakan suatu ujian atau musibah kepada kita sehingga kita berasa Allah s.w.t. tidak sayang kepada kita?

    Di dalam buku ini, ada jawapannya.

  • Unshakeable (How to be Confident When You’re Nervous) | Aiman Azlan | IMAN Publication

    RM30.00

    ‘How do I remove my nervous feeling?’

    Bad news is: You can’t.

    Good news is: You shouldn’t

    Nervousness is a sign that we value the thing we are nervous about. But, just like any other human feeling, nervousness can go haywire. It can hold us back from moving forward.

    This book is not about removing nervousness. This book is about controlling it. And it all starts with our mind.

    Inspire by countless anecdotes from young people with myriad self-confidence issues, Aiman wrote his book as a self-help guide to build self-confidence from scratch with proven parctical tips and tricks from scientific literature and personal experience.

  • Unfollow The Flow | Aiman Azlan | IMAN Publication

    RM30.00

    “I’m tired of being compared. Like I’m supposed to follow what my peers are doing to achieve their kind of success, instead of doing what I really want to do in life.”

    We often imagine our future to be built upon our goals and dreams, but presently it seems everyone else is ahead of us. One has a dream job as a career, one is about to start a beautiful family, and another is paving a wealthy future for himself.

    We start to wonder and find ourselves stuck at an intersection :

    Should we follow the path of others to gain success or can we define our own happiness?

    Deciding to go against the flow of the norm is scary because we are afraid to choose. What if we choose wrongly? What if we fail and ruin our future?

    In this book, Aiman Azlan takes readers on an explorative journey of owning one’s life choices. It might not be a life like the others but in unfollowing the flow, perhaps we will be able to discover a life of meaning – one that is true to us.

  • Talk To Allah | Ayesha Syahira | IMAN Publication

    RM30.00

    When was the last time we really poured our feelings out to Allah?

    We have been taught that the only time we can communicate with Allah is when we are making du’a to Him.

    Even then, it comes with a set of restrictive rules that puts a ‘barrier’ between Allah and us.

    The things we recite are verses that we were told memorise, but rarely do we truly talk to Allah about the troubles that are weighing down our hearts.

    Because it feels awkward.

    Thus when we are down and sad, we seek other means for comforting ourselves, but often they offer only temporary respite. We forget that true comfort lies only with Allah.

    In this book, author Ayesha Syahira takes you on a Journey of spiritual discovery; of reconnecting with Allah wholeheartedly.

    The author focuses on nurturing the lifestyle of talking to Allah; of finding comfort by making du’a to Him at any time of the day.

  • Nota My #QURANTIME: Juzuk 7

    RM30.00

    Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH Iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.

    Perbincangan NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke- 7 merangkumi:

    Kelebihan orang beriman dan melakukan kebaikan
    Larangan Bertanya Sesuatu Yang Menyebabkan Kemudaratan
    Permintaan Orang Hawariyyun Kepada Nabi Isa A.S
    Peringatan Mengenai Bencana Dan Azab Yang Ditimpa Oleh Umat Terdahulu
    Golongan Yang Mendapat Kemenangan Di Akhirat
    Golongan Manusia Yang Paling Zalim
    Perumpamaan Orang Yang Kembali Kepada Kekufuran Setelah Beriman
    Larangan Mencela Dan Memaki Sembahan Orang Musyrik
    Nota ini juga merangkumi:

    Satu buku, satu juzuk
    Nota pilihan daripada penonton
    Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih
    Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami
    Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca

  • Nota My #QURANTIME: Juzuk 6

    RM30.00

    Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH Iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.

    NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-6 memberi peringatan tentang:

    5 Perkara Yang Membuatkan Dosa Diampunkan
    Kehadiran Rasul Selepas Waktu Fatrah Membawa Kegembiraan
    Kisah Habil Dan Qabil Sebagai Suatu Pengajaran
    Harta Tidak Dapat Menebus Diri Daripada Azab Allah Swt
    Tanda-Tanda Hati Tidak Bersih
    Tidak Menjadikan Musuh Sebagai Pemimpin
    4 Ciri Orang Yang Mendapat Balasan Buruk Daripada Allah Swt
    Syurga Buat Mereka Yang Kembali Beriman Dan Bertakwa
    Jangan Menjadi Orang Fasik

    Nota ini juga merangkumi:

    Satu buku, satu juzuk
    Nota pilihan daripada penonton
    Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih
    Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami
    Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca

  • Nota My #QURANTIME : Juzuk 5

    RM30.00

    Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: NOTA MY #QURANTIME sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.

    NOTA MY #QURANTIME Juzuk ke-5 membincangkan:

    – Mengenai pengharaman kahwin mut’ah.
    – Mengenai dasar akad jual beli dalam Islam.
    – Mengenai hak anak yatim dan berbuat baik kepada tetangga.
    – Mengenai syariat tayammum.
    – Mengenai perintah dan etika berperang/berjihad dalam Islam.
    – Mengenai haramnya darah sesama Muslim.
    – Mengenai solat qasar dalam musafir dan perang.
    – Mengenai nusyuz suami isteri dan perintah berlaku adil kepada para isteri.
    – Mengenai perintah menjadi penegak keadilan.
    – Mengenai larangan syirik.
    – Mengenai pembahagian harta pusaka mengikut hukum faraid.
    – Mengenai larangan riyak ketika berinfak.
    – Mengenai sikap orang munafik.
    – Mengenai larangan sebar berita tanpa sumber yang sahih.
    Nota ini juga merangkumi:

    + Satu buku, satu juzuk.
    + Nota pilihan daripada penonton.
    + Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih.
    + Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami.
    + Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca.

  • Adlil Rajiah – Parents, Welcome To My World

    RM45.00

    Kita kata nak faham anak, tapi kita tak pernah tahu isi hati mereka.

    Kita kata nak ajar anak, hakikatnya mereka yang banyak mengajar kita tentang kehidupan.

    Mari kita terjun ke dalam dunia anak-anak.
    Selami perasaan mereka.
    Dengar luahan mereka.

    Kerana kita mahu menjadi pendengar nombor satu anak-anak kita, sebelum ‘takhta’ itu diambil oleh orang lain yang entah siapa-siapa.

    Walau senaif-naif soalan anak bertanya, “Mama, are you okay?” Jawablah sekurang-kurangnya dengan senyuman. Kerana anak-anak yang kita sangka polos dan tin kosong itu, adalah lampu suluh yang akan membuka jalan untuk kita terus melangkah dalam dunia keibubapaan.

  • The Extraordinary Adventures of Arsène Lupin, Gentleman-Burglar – Edisi Bahasa Melayu

    RM18.00

    Arsène Lupin, seorang budiman yang misteri, hanya menyasarkan rumah agam dan bilik tetamu mewah. Dikenali sebagai lelaki dengan seribu penyamaran.

    Dia mampu menjadi sesiapa sahaja: Pemandu, detektif, pembuat buku, doktor Rusia, matador Sepanyol, ahli perniagaan, pemuda bertubuh sasa, atau lelaki tua yang uzur.

    Kisah Arsène Lupin, pencuri budiman ini mula diperkenalkan pada 15 Julai 1905 dalam majalah berbahasa Perancis, Je sais tout.

    Watak ciptaan Maurice Marie Émile Leblanc atau dikenali dengan Maurice Leblanc ini telah dianggap pembaca pada ketika itu sebagai rakan sejawat Sherlock Holmes, walaupun kedua-duanya berada di sudut yang bertentangan dalam dunia jenayah!

    Sembilan kisah pendek pertama Lupin yang diterbitkan dalam Je sais tout telah dikoleksikan dengan judul The Extraordinary Adventures of Arsène Lupin, Gentleman-Burglar dan pertama kali diterbitkan pada 10 Jun 1907.

  • INSTAGERAM! (Updated Version 2021) | Jamal SifuBads

    RM49.90

    Persaingan sekarang sudah semakin sengit. Anda tak boleh tumpu pada satu platform sahaja. Antara sebab utama kenapa anda kena mulakan INSTAGRAM sekarang ialah:

    #1 – Organic Reach lebih tinggi berbanding platform lain.

    #2 – Peluang advertising di Instagram lebih besar.

    #3 – High engagement, high response, high reach.

    #4 – Prospek lebih suka melepak di Instagram.

    #5-Trust booster.

    Jadi lebih banyak platform yang digunakan, lebih banyak

    awareness. Salah satunya adalah INSTAGRAM.

  • Teme Abdullah – Empayar 1 & 2

    RM30.00RM60.00

    Empayar 1 (Hikayat Putera Tanpa Nama)

    Ilmu Agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa.Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat. Namun jika ia jatuh ke tangan yang jahat akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.

    Empayar 2 (Hikayat Mukjizat Daripada Iblis)

    Ribuan tahun selepas peperangan yang memusnahkan hampir keseluruhan dunia.

    Nusantara kembali aman di bawah naungan sultan sehinggadatang mereka yang mendakwa – kekuasaan itu hasil perjanjian dengan syaitan.

    Ilmu agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa.

    Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik, akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat.

    Namun, jika ia jatuh ke tangan yang jahat, akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.

     

  • Kapal Terakhir Di Dunia Episod 1 & 2 | Teme Abdullah | IMAN Publication

    RM30.00RM60.00

    Bokor, sebuah kapal besi gergasi yang asalnya dicipta untuk menghadapi bencana hujan tahi bintang menjadi satu-satunya tempat manusia berlindung. Meski terasing daripada ancaman dunia luar, penghuninya telah dijangkiti pelbagai jenis penyakit dan diasingkan mengikut sektor masing-masing – termasuklah Aria dan adiknya.

    Namun, kondisi adiknya lebih parah dan memerlukan rawatan segera. Beban Aria semakin terasa apabila bapanya sendiri tidak pernah mempedulikan mereka berdua.

    Aria, yang hidupnya hanya demi Bokor dan keluarga, kian teruji apabila bapanya pula didapati telah melanggar peraturan. Dia dilema antara kepentingan keluarga atau keamanan seluruh manusia.

    Ketika konflik kian memuncak, Aria tersedar sesuatu tentang kehidupan dalam Bokor – iaitu sentiasa ada harga besar yang harus dibayar demi kesetiannya.

    “Kau perlu pilih siapa yang perlu kau perangi, Aria.”

  • Sale!

    Teme Abdullah – Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama & Kedua

    RM30.00RM58.00

    Kisah seorang artis terkenal. Hidup pada zaman manusia terpaksa mengumpul ‘kredit’ yang cukup sebagai bukti bahawa mereka berhak untuk kekal hidup di muka bumi. Mereka yang gagal mencapai tahap kredit minima, akan ditarik nyawa.

    Artis terkenal itu ada segalanya – wajah, suara, personaliti dan pencapaian yang belum pernah dikecapi mana-mana rakyat Nusaraya sebelum ini. Popularitinya melebar ke serantau Asia.

    Sehinggalah ada pihak yang membangkitkan gosip bahawa ada ‘artis terkenal’ yang membina persona palsu untuk menipu masyarakat semata-mata demi kelangsungan kerjayanya. Malah, suaranya juga dikatakan palsu.

    Hidupnya berubah dari saat itu.

    Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams. Kim Jonghyun. Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri.

    “Such a waste of talent, achievements, popularity, and even wealth,” bisik hati aku.

    Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini.

  • Signature Jalanan | Teme Abdullah | IMAN Publication

    RM33.00

    ” Aku faham perasaan yang kau cerita kat aku mula – mula tadi…

    Rasa macam seakan – akan dilahirkan bodoh daripada orang lain.

    Orang lain boleh score exam. Aku pula tak boleh score. Dahla lambat membaca. Huruf – huruf pun aku tertukar -tukar. Gagap pula tu…

    Bila aku cerita kat orang, orang tak percaya sebab diorang tak percaya sebab diorang tak lalui. Diorang ingat aku memang malas. Diorang ingat aku reka cerita dan kasi alasan. Padahal Allah saja tahu macam mana aku struggle nak jadi macam orang lain.”

  • Impian Jalanan | Teme Abdullah | IMAN Publication

    RM33.00

    Orang kata melukis tak boleh jadi kaya.
    Tak boleh jadi jutawan.

    Tak apa. Biar aku cuba.

    Hey korang… It”s me, Teme Abdullah.

    Macam ni;

    Hari tu aku terbaca satu kenyataan di media sosial. Kenyataan tu berbunyi, ‘melukis memang tak boleh buat duit’, ‘jadi artis ni tak ada masa depan’, ‘siapa yang ada cita-cita nak jadi pelukis tu batalkanlah niat’, melukis ni tak ke mana’.

    Selepas baca kenyataan tu;

    Aku rasa semacam. Aku tak setuju. Aku tak suka. Aku kurang gemar kalau ada orang yang melemahkan semangat orang lain. So, aku terlintas untuk ceritakan sesuatu pada korang.

    Banyak part dalam cerita ini yang sepatutnya aku rahsiakan. Meman dari dulu aku rancang untuk biar ia kekal rahsia. But who cares. Aku buat peraturan tu, so, aku sendiri boleh batalkan. Hahaha.

    May I proceed?

    Cerita ni pasal seorang budak hingusan yang aku saaangat kenal. Budak kecik ni saaangat minat melukis. Dan dia saaaaangat suka berangan. Dan dalam cerita ni, akan aku tambahkan banyak penyedap rasa untuk jadikan ia menarik. So, ia bukanlah 100% kisah benar, ok? Tapi aku tak nak guna nama sebenar budak tu dalam cerita ni. Boleh? Thanks.

    Ok, untuk mudahkan cerita, kita beri dia nama secara rawak. Iskandar? Ok, kita panggil dia Iskandar, a common name.

    Bismillah…

  • Arkitek Jalanan | Teme Abdullah | IMAN Publication

    RM30.00

    To be honest, aku dah bosan dah dengar orang cakap ‘ belajarlah kerana Allah’ setiap kali aku mengadu down, setiap kali aku mengeluh nak give up…

    Aku diam sajalah, acah-acah makan dalam.
    Yalah, orang picisan macam aku ni mana layak membantah ayat-ayat daripada budak-budak usrah.

    Tapi sebenarnya kan…
    Aku tak pernah faham pun maksud ‘belajar kerana Allah’ tu.