Bestnya Puasa !
RM10.00Seperti buku Siri Bestnya sebelum ini iaitu Bestnya Solat! dan Bestnya Doa!, buku ini telah menampilkan imej segar dalam menyampaikan mesej Islam kepada anak-anak.
Antara kelebihan buku Bestnya Puasa! ini adalah:
1. Grafik yang menarik dan berwarna-warni.
2. Jalan cerita yang menyeronokkan bagi kisah Fateh dan keluarganya.
3. Penjelasan ringkas tentang hukum-hakam puasa, fadhilat puasa, fadhilat bulan Ramadan. Kesemuanya merujuk kepada kitab-kitab hadis yang muktabar di sisi Ahlus Sunnah dan pendapat fiqh dalam mazhab Syafie.
4. Mempunyai doa-doa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW dan yang dibaca oleh para ulama.
Buku ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan sekeluarga. Tanpa ragu lagi buku ini sangat bermanfaat untuk anak-anak. Saya sangat gembira kerana menjadi individu yang pertama membaca buku ini, dan tidak sabar untuk melihat ia dibaca oleh anak-anak kita.