Polisi Penghantaran

1. Kawasan Penghantaran
SendBook Store Malaysia menghantar buku ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Penghantaran ke luar negara tidak disediakan buat masa ini.

2. Tempoh Pemprosesan Pesanan

  • Semua pesanan buku akan diproses dalam 1 hingga 2 hari bekerja selepas pembayaran diterima.

  • Pesanan yang dibuat pada hari cuti umum atau hujung minggu akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

  • Pesanan pre-order (jika ada) akan mengikut tarikh penghantaran yang diumumkan dalam halaman produk.

3. Tempoh Penghantaran
Tempoh penghantaran bergantung kepada lokasi pelanggan:

  • Semenanjung Malaysia: 2 hingga 5 hari bekerja

  • Sabah & Sarawak: 5 hingga 10 hari bekerja

Tempoh ini bergantung kepada prestasi pihak kurier. Sebarang kelewatan oleh kurier berada di luar kawalan kami.

4. Caj Penghantaran
Caj penghantaran dikira berdasarkan berat buku dan lokasi penghantaran. Jumlah caj akan dipaparkan pada halaman checkout sebelum pembayaran dibuat.

5. Tracking Nombor Penghantaran

  • Setiap pesanan akan diberikan tracking number selepas pesanan dihantar.

  • Tracking number akan dihantar melalui email atau WhatsApp, bergantung kepada maklumat yang diberikan pelanggan.

  • Pelanggan bertanggungjawab menjejak status penghantaran menggunakan pautan yang disediakan.

6. Kegagalan Penghantaran / Tidak Berjaya Dihantar
Pesanan mungkin dikembalikan kepada kami jika:

  • Alamat tidak lengkap atau salah.

  • Penerima tidak dapat dihubungi oleh kurier.

  • Tiada orang di alamat penghantaran untuk menerima buku.

Jika pesanan dipulangkan semula kepada kami:

  • Pelanggan perlu membayar caj penghantaran baharu untuk penghantaran semula.

  • Tiada pemulangan wang untuk kegagalan penghantaran kerana kesilapan alamat.

7. Buku Rosak Semasa Penghantaran
Jika buku tiba dalam keadaan rosak teruk akibat penghantaran:

  • Pelanggan perlu membuat laporan kepada kami dalam masa 3 hari selepas menerima buku.

  • Sila rujuk Polisi Pemulangan Buku kami untuk langkah selanjutnya.

8. Buku Hilang Semasa Penghantaran
Pesanan disahkan hilang oleh pihak kurier akan diganti dengan buku baharu atau pelanggan boleh memilih pemulangan wang penuh.
Kami hanya boleh membuat tuntutan selepas kurier mengesahkan status “hilang”.

9. Pertanyaan Berkaitan Penghantaran
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan penghantaran, pelanggan boleh hubungi:
Email: mysendbook@gmail.com
WhatsApp: 0106509195