Penghantaran percuma mulai RM120 · Semenanjung Malaysia
Polisi Pemulangan Buku dan Pemulangan Wang
1. Umum
Semua pembelian buku di SendBook Store Malaysia adalah muktamad. Pemulangan buku dan pemulangan wang hanya dibenarkan dalam situasi tertentu yang dinyatakan secara jelas dalam polisi ini. Permintaan pemulangan wang kerana tidak lagi berminat atau tersalah beli tidak dibenarkan sama sekali.
2. Kelayakan Pemulangan Buku
Pemulangan buku hanya dibenarkan jika memenuhi salah satu keadaan berikut:
-
Buku diterima dalam keadaan rosak teruk, contohnya muka surat koyak, basah, berlubang, atau kerosakan jelas yang menjejaskan penggunaan buku.
-
Buku yang diterima tidak sama seperti yang dipesan (contoh: tajuk lain, edisi lain, atau varian lain).
-
Buku hilang dalam proses penghantaran dan disahkan oleh pihak kurier.
3. Situasi yang Tidak Layak untuk Pemulangan Buku
Pemulangan buku tidak diterima jika:
-
Kerosakan hanya melibatkan kotak pembungkusan atau kecacatan kecil yang tidak menjejaskan isi buku.
-
Buku telah digunakan, ada tanda contengan, lipatan, koyakan kecil, atau kesan air yang berlaku selepas penerimaan.
-
Pelanggan membuat pesanan buku yang salah kerana tersilap pilih judul atau variasi.
-
Buku pre-order yang sudah diproses atau dicetak khas untuk pelanggan.
4. Prosedur Pemulangan Buku
Untuk memohon pemulangan buku, pelanggan perlu:
-
Menghubungi pihak kami dalam masa 3 hari dari tarikh buku diterima.
-
Menghantar gambar atau video yang jelas menunjukkan kerosakan buku atau buku yang tersalah hantar.
-
Menunggu arahan daripada pihak SendBook Store Malaysia sebelum menghantar semula buku.
-
Memulangkan buku dalam keadaan asal, termasuk plastik pembungkus, tag, dan sebarang bahan tambahan (jika ada). Buku yang sudah dibuka atau digunakan tidak layak dipulangkan.
5. Kos Penghantaran Pemulangan Buku
-
Jika pemulangan buku disebabkan kesilapan pihak SendBook Store Malaysia, kos penghantaran pemulangan buku akan ditanggung oleh kami.
-
Jika pemulangan buku tidak memenuhi syarat sah, kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.
6. Kelayakan Pemulangan Wang (Refund)
Pemulangan wang hanya akan diproses jika:
-
Buku yang dipulangkan disahkan rosak, cacat atau tersalah hantar.
-
Buku tersebut diterima kembali oleh kami dalam keadaan asal dan mematuhi semua syarat pemulangan buku.
7. Proses Pemulangan Wang
-
Pemulangan wang akan diproses dalam tempoh 5 hingga 7 hari bekerja selepas buku diterima dan disahkan layak.
-
Pemulangan wang akan dibuat mengikut kaedah pembayaran asal, seperti pembayaran melalui bank atau e-wallet.
8. Penggantian Buku (Replacement)
Jika pelanggan memilih penggantian buku berbanding pemulangan wang:
-
Penghantaran buku pengganti akan dibuat selepas buku asal diterima dan disahkan layak dipulangkan.
-
Jika stok buku pengganti tiada, pelanggan boleh memilih sama ada menunggu stok baharu atau menerima pemulangan wang.
9. Maklumat Perhubungan
Sebarang pertanyaan berkaitan pemulangan buku atau pemulangan wang boleh dibuat melalui:
Email: mysendbook@gmail.com
WhatsApp: 0106509195