Polisi Privasi

Polisi Privasi ini menerangkan bagaimana SendBook Store Malaysia mengumpul, menggunakan, melindungi dan mengurus maklumat peribadi pelanggan semasa menggunakan laman web kami.

Dengan membuat pembelian atau menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan semua terma dalam polisi ini.

1. Maklumat Peribadi yang Kami Kumpul
Kami hanya mengumpul maklumat yang perlu untuk proses pembelian dan perkhidmatan pelanggan, termasuk:

  • Nama penuh

  • Alamat penghantaran

  • Nombor telefon

  • Alamat emel

  • Maklumat pembayaran (dikendalikan oleh penyedia pembayaran yang selamat)

  • Rekod pembelian dan sejarah transaksi

Kami tidak menyimpan maklumat sensitif seperti nombor kad kredit di dalam server kami. Semua transaksi diproses melalui sistem pembayaran selamat (FPX, kad debit/kredit, e-wallet).

2. Cara Kami Menggunakan Maklumat Anda
Maklumat peribadi pelanggan digunakan untuk:

  • Memproses pesanan buku

  • Mengurus penghantaran dan tracking

  • Menghubungi pelanggan untuk pengesahan pesanan atau isu penghantaran

  • Memberikan sokongan pelanggan

  • Mengurus rekod transaksi untuk tujuan audit dan keselamatan

  • Menghantar makluman penting seperti status pesanan

Kami tidak menjual, menyewa atau memindahkan maklumat pelanggan kepada mana-mana pihak ketiga untuk tujuan pemasaran.

3. Pihak Ketiga yang Terlibat
Kami mungkin berkongsi data minimum yang diperlukan dengan:

  • Syarikat kurier (untuk penghantaran buku)

  • Penyedia pembayaran (untuk proses pembayaran selamat)

  • Sistem email atau WhatsApp notification (untuk penghantaran resit dan tracking)

Semua pihak ketiga ini tertakluk kepada polisi privasi mereka sendiri dan wajib mematuhi piawaian keselamatan data.

4. Perlindungan Data
Kami melaksanakan langkah keselamatan yang munasabah untuk melindungi maklumat peribadi pelanggan daripada akses tidak sah, pendedahan atau perubahan.

Langkah yang diambil termasuk:

  • Penyulitan (encryption) semasa transaksi

  • Firewall dan langkah keselamatan pelayan

  • Akses data terhad kepada staf yang diberi kebenaran

5. Cookies dan Data Automatik
Laman web mungkin menggunakan cookies untuk:

  • Menambah baik pengalaman penggunaan

  • Mengingati pilihan pelanggan

  • Mengumpul data umum seperti trafik web

6. Hak Pelanggan
Pelanggan berhak untuk:

  • Meminta salinan maklumat peribadi yang kami simpan

  • Meminta pembetulan maklumat yang tidak tepat

  • Meminta pemadaman data peribadi (selagi tidak bercanggah dengan keperluan undang-undang atau rekod transaksi)

Permohonan boleh dibuat melalui email atau WhatsApp.

7. Simpanan Data
Maklumat pelanggan disimpan hanya selama diperlukan untuk:

  • Tujuan perniagaan sah

  • Rekod audit

  • Penyelesaian isu berkaitan pesanan

Selepas itu, data akan dipadamkan secara selamat.

8. Perubahan kepada Dasar Privasi
SendBook Store Malaysia berhak mengemas kini dasar ini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan akan diumumkan melalui laman web.

9. Maklumat Perhubungan
Untuk pertanyaan berkaitan Dasar Privasi, sila hubungi:
Email: mysendbook@gmail.com
WhatsApp: 0106509195