-
Sale!


RM25.00 RM12.90
Ada penyokong Manchester United, yang turun ke lapangan terbang London, sedangkan jauh lebih mudah sekiranya turun ke lapangan terbang Manchester.
Ada yang kata darurat dan terpaksa makan makanan tidak halal, sedangkan UK adalah antara negara yang banyak menjual makanan halal.
Ada yang rasa bosan, hanya berlegar-legar di kota, sedangkan UK mempunyai kawasan countryside antara yang tercantik di Eropah.
Senarai ‘kerugian’ ini sebenarnya lebih panjang, dan buku ini bertujuan bagi memadamkan segala ‘kerugian’ yang mungkin anda alami.
Segala panduan dan tip disusun rapi. Sehingga, kita berasa tahu segala-galanya tentang UK. Jadi adakah ia akan menjadikan anda seperti melancong dengan travel agency? Tidak sama sekali.
Panduan dan tip di dalam buku ini tidak akan menjadikan ‘nikmat’ backpacker itu berkurangan, malah ia menambah jauhnya perjalanan, dan memberi sensasi tambahan kepada anda sebagai backpacker
-
Sale!


RM25.00 RM12.90
Buku ini bukan sebuah buku travelog yang mencatatkan pengalaman penulis.
Tetapi buku ini adalah buku yang menunjukkan cara/how-to, bagaimana untuk mengembara di Eropah. Keistimewaan utama buku ini adalah bagaimana mahu travel di sebuah benua yang terkenal sebagai elit, tetapi dengan bajet terhad.
Dengan wang kurang daripada RM6000, pembaca ditunjukkan cara bagaimana mereka dapat mengembara ke-12 bandar besar di Eropah seperti Milan, Paris, Madrid, dan Berlin.
Bukan sahaja pembaca dapat berjimat, mereka juga dapat merancang sendiri perjalanan seperti mana yang dikehendaki.
Buku ini adalah umpama Lonely Planet, tetapi versi untuk rakyat Malaysia. Buku ini:
– sepenuhnya berwarna.
– dipenuhi dengan gambar-gambar daripada koleksi peribadi penulis.
– pembaca mampu sesuaikan panduan untuk keperluan seorang mahupun secara berkumpulan.
– pilihan tarikh, tempat, aktiviti, jenis pengangkutan, penginapan, tukaran wang, makanan, pakaian, dan banyak lagi.
– daripada penulis yang sudah pergi sendiri ke tempat-tempat ini dan pernah menetap di Eropah.
-
Sale!


RM25.00 RM12.90
Di dalam buku ini terkandung rumusan penuh setiap aturcara perjalanan yang disusun atur oleh beberapa orang penulis yang berpengalaman luas mengendalikan lebih daripada 20 trip ke New Zealand.
Buku ini berkongsi tips dan panduan agar para pembaca mendapat gambaran jelas bagi merancang percutian dan membaca pengalaman kami sepanjang mengendalikan trip ke New Zealand.
-
Sale!


RM23.00 RM12.90
Apa rasanya menjadi backpacker di Korea? Seorang diri tanpa ada sebarang kenalan.
Bagaimana mahu menghadapi ragam hidup masyarakat Korea yang kita hanya kenali melalui kaca TV? Di mana pula tempat-tempat wajib untuk dikunjungi dengan bajet yang sangat ekonomi? Buku ini akan membantu anda.
Ini bukan sekadar buku panduan untuk survival di Korea. Ia adalah buku yang membicarakan tentang manusia dan budaya. Pengembaraan ke Korea akan lebih bermakna sekiranya kita mampu mendalami sisi-sisi Korea yang tidak terpapar di kaca TV.
Dalam buku ini, tidak ada imaginasi, yang ada hanya realiti.
-
Sale!


RM25.00 RM12.90
Selalu dengar cerita daripada kawan-kawan, kadang-kadang ada juga muncul di wall Facebook dan Instagram, banyak tempat cantik di Indonesia.
Tapi pergi belum tahu bila. Kalau nak melihat pemandangan yang lain daripada Malaysia, tak perlu jauh-jauh sampai negara Eropah.
Indonesia sudah cukup buat kau rasa betapa indahnya dunia ciptaan yang Maha Esa.
Terlalu banyak tempat yang boleh kau teroka dengan backpacker. Soal makan halal, makan sedap, tempat tinggal, kenderaan, semuanya ada dalam buku ni. Bajet tak perlu besar.
-
Sale!


RM25.00 RM12.90
Selatan Thailand bermula dari wilayah Chumpon hingga ke wilayah Songkhla yang bersempadan dengan Malaysia.
Kawasan ini sangat terkenal dengan pantai dan pulau-pulau yang indah. Di sebelah barat menghadap Laut Andaman, manakala di sebelah timur terletak Teluk Thailand (Gulf of Thailand).
Sebut sahaja Thailand, pasti akan teringatkan makanan yang sedap, shopping dengan harga murah dan keindahan pulau di Phuket dan Krabi.
Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang anda belum teroka.
Jika sudah tahu Thailand terkenal dengan syurga makanan, ke mana kita harus pergi mencuba masakan-masakan sedap ini?
Jenis masakan apa yang wajib kita cuba ?
Tempat tinggal di Thailand bukan satu masalah, tetapi di mana yang paling sesuai ?
Buku ini akan menjawab persoalan itu. Sediakan wang dan tandakan cuti di kalendar sahaja.
-


RM35.00
“Hasrizal, kamu lahir pada zaman yang salah dan menginginkan sesuatu yang tiada pada realiti hari ini. Mungkin lama selepas kamu tiada nanti, barulah kamu akan difahami!”
Kata-katanya itu membuatkan saya termenung saban hari.
Lazimnya, saya menulis dalam keadaan saya tahu daripada apa sesuatu bermula, dan di mana noktah akhir yang disasarkan sebagai perhentian. Jelas dari hujung rambut hingga ke hujung kaki namun, kembara di sebuah negeri salji bernama Finland ini penuh onak dan duri.
Sebanyak mana pun ia saya ungkapkan dalam bab demi bab, ungkapan itu hanyalah menceritakan sebahagian daripada apa yang saya mampu ceritakan untuk teladan bersama. Seumpama puncak sebongkah ais yang terapung di sepi Artik, apa yang dilihat mata, hanyalah satu persepuluh daripada keseluruhan bongkah ais yang terendam menurut Undang-undang Apungan Archimedes.
Saya hidup dengan persoalan.
Persoalan mendorong saya berjalan.
Perjalanan yang saya coret dalam naskhah ini, tujuannya agar sepi di negeri asing ini tersimpan erat dalam kenangan.