Falsafah

Showing all 4 results

  • Sun Tzu: Art of War 2021 (Edisi Bahasa Melayu) | Wang Xuanming | PTS

    RM27.00

    Sun Tzu: Art of War meliputi subjek strategi secara meluas. Karya ini mengandungi ilmu yang pelbagai, membincangkan dengan mendalam serta dianggap sebagai buah kebijaksanaan manusia yang mempunyai potensi mengubah hala tuju dunia.

    Sekarang kita dapat lihat bagaimana strategi diterapkan melangkaui medan perang dan mula meresap ke dalam kehidupan sehari-harian, lantas membawa perubahan dalam apa yang selama ini kita pandang enteng dalam perjuangan meneruskan kelangsungan hidup.

    Pengaruhnya bukan sahaja terasa dalam pentadbiran kerajaan, malah kepada pengurusan bisnes, perhubungan awam, dilpomasi dan sukan.

    Oleh itu kita dapat lihat bagaimana fleksibiliti prinsip-prinsip strategi yang diajar oleh Sun Tzu dapat diterapkan, menjadikannya rujukan bagi sesiapa yang mahu menyahut apa sahaja cabaran.

    Buku ini mengandungi lukisan komik sebanyak tiga belas bab Art of War karya Sun Tzu serta menggambarkan pemikiran Sun Tzu secara komprehensif. Turut dimasukkan contoh-contoh yang relevan dari sejarah China untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang idea asal Sun Tzu.

    Buku ini juga menekankan bahawa walaupun pertempuran-pertempuran terkenal sudah disebut dalam buku-buku yang lain, mereka tetap dipaparkan di sini sebagai perbincangan dan analisis tambahan.

    Ini adalah supaya para pembaca dapat mengambil kira pelbagai elemen peperangan termasuk faktor tentera, politik dan kewangan.

    Buku ini turut menyentuh isu-isu seperti perlantikan jeneral, pengaturan anggota tentera dan fomrasi bagi membolehkan buku ini difahami dari pelbagai sudut pandangan agar buku ini terus bermanfaat biarpun dibaca berulang kali.

  • Sun Tzu : Art of Business 2021 (Edisi Bahasa Melayu) | Wang Xuanming | PTS

    RM27.00

    Sun Tzu dikenali sebagai Tokoh Ketenteraan Ulung lahir semasa era musim bunga dan musim luruh yang bergolak. Menyahut cabaran zamannya, beliau mengabdikan diri berlawan dalam pertempuran sengit, memerah keringat dan darah, beradu kebijaksanaan dan kekuatan menentang musuh.

    Sun Tzu Art of Business mengetengahkan kajian kes yang boleh diguna pakai dalam strategi bisnes dan mendemonstrasi cara usahawan dan ahli perniagaan menggunakan prinsip Art of War dalam mengharungi dunia yang pantas berubah dan berdaya saing.

    Bagi mencapai kejayaan, usahawan mesti kenal diri sendiri dengan memahami syarikat dan situasi di sekeliling. Usahawan juga mesti kenal orang lain, yang merujuk kepada mengetahui perubahan pasaran, psikologi pelanggan, dan pesaing. 

    Dengan menggunakan seni yang ringkas dan memasukkan unsur humor bagi menerangkan aplikasi seni perang Sun Tzu dalam dunia bisnes, Wang Xuaming menjadikan prinsip ketenteraan amat praktikal untuk semua usahawan dan ahli korporat.

  • How to Win Friends and Influence People – Edisi Bahasa Melayu | Dale Carnegie | PTS

    RM35.00

    Kita mampu mendapat pekerjaan yang kita inginkan !

    Kita berupaya mempertingkatkan kualiti kerja sekarang !

    Kita dapat mengubah apa jua situasi supaya dapat memberikan imbuhan berlipat kali ganda kepada kita!

    Selama lebih 60 tahun, segala nasihat dan panduan yang terkandung dalam buku ini berjaya mengubah nasib kebanyakan golongan yang terkenal di dunia terutama sekali dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka.

    Edisi bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain yang dikemas kini ini pasti dapat membantu mengasah bakat kita yang terpendam.

    Dengan membaca buku ini, kita mampu mencapai tahap potensi yang maksimum.

    Dalami tip berikut:

    • Tiga teknik asas dalam menangani kelakuan manusia
    • Enam kaedah bagaimana membuatkan orang menyukai kita
    • Dua belas cara bagi mendorong orang lain menerima buah fikiran kita
    • Sembilan taktik bagi mengubah manusia tanpa mencetuskan konflik
  • Tao Te Ching | Lao Tzu | Biblio Press

    RM38.00

    Sejak lebih 2000 tahun lalu, karya bertajuk Tao Te Ching ini kekal menjadi salah sebuah teks falsafah yang aktif dibincang, dibahas dan dihuraikan oleh ahli-ahli falsafah, khususnya di dunia Asia Timur.

    la bukan saja memberi kesan terhadap pemikiran politik, spekulasi metafizik dan sudut pandang etika, tetapi turut menjadi pasak kepada beberapa aliran agama di Asia Timur.

    Kesan pemikiran dari buku ini dapat dirasa bukan saja di China (atau dalam diaspora Cina mana-mana. Di dunia termasuk di Malaysia), tetapi juga di kawasan-kawasan kebudayaan yang banyak terimpak dengan budaya Cina seperti jepun Korea & Vietnam.

    Buku yang berada di tangan anda ini merupakan penerokaan falsafah seorang mahaguru bernama Lao Tzu terhadap persoalan-persoalan kehidupan dan kewujudan yang paling mendasar.

    Ia mencadangkan konsep “Tao,” satu daya yang wujud tanpa rupa, tanpa wajah, tanpa bentuk, tanpa rasa, namun itulah asal-usul bagi segala sesuatu, la ditulis dengan gaya pendek pendek yang tidak meleret, dan gaya sebegini tentunya mengundang ribuan komentar dan kritikan selepas itu.