Keluarga

Showing all 7 results

  • Diari Abah | Hasrizal Abdul Jamil | Yayasan Pendidikan Khalifah

    RM40.00

    “Tiada abah tanpa anak-anak.
    Bukan abah, sebelum dirinya adalah suami kepada isteri.

    Catatan DIARI ABAH adalah renungan saya kepada kembara pembelajaran kami sekeluarga, daripada perspektif saya sebagai seorang ayah. Catatan panjang bermula seawal 2002 hingga ke 2020, pasti pelbagai warna akan kelihatan di dalam penerokaan anda di dalam buku ini.

    Saya tidak sama sekali bermaksud mengajar atau memberitahu anda apa yang patut anda buat.

    Ia sebuah diari.
    Sebuah naskhah yang sepatutnya berkunci.
    Namun saya buka ia dengan tawakkal, hati-hati dan rendah diri.

    Tanggungjawab kita besar sebagai seorang abah.
    Namun kita kurang teguh-meneguh.
    Tiada siapa akan meneguhkan kita, melainkan sesama kita para abah, untuk saling ingat-mengingatkan, kuat-menguatkan.”

    – Hasrizal Abdul Jamil, 2020.

  • How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk: Edisi Bahasa Melayu

    RM25.00

    Memiliki anak-anak yang comel memang satu anugerah. Namun mendidik mereka bukan calang-calang cabarannya. Tambahan pula apabila anak-anak sudah mula petah bercakap dan sudah bijak berfikir. Sekiranya ibu bapa tersalah langkah dalam mendidik anak-anak, pendekatan negatif seperti menghukum, memukul, menengking, dan sebagainya akan dianggap sebagai pendekatan yang efektif.

    Menerusi buku How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk Edisi Bahasa Melayu ini, ibu bapa akan lebih memahami kaedah yang betul tentang cara mendidik dan mendisiplinkan anak seperti :

    Membantu Anak Mengendalikan Perasaan Mereka

    Mewujudkan Kerjasama

    Alternatif Selain Hukuman

    Galakan Berdikari

    Pujian

    Bebaskan Anak Daripada Memainkan Peranan

    Menggabungkan Semuanya Bersama

    Anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan mereka, ambil masa dan sentiasa berikan usaha terbaik dalam mendidik supaya mereka tidak membesar dengan sia-sia.

  • Sale!

    Berjuang Urus Emosi (Sokongan Emosi untuk Wanita Bergelar Ibu) | Fatimah Syarha | PTS

    RM38.00

    Transisi kehidupan daripada seorang gadis menjadi seorang ibu, pasti akan meninggalkan kesan berbentuk emosi, mental dan fizikal buat seseorang.

    Buku ini menawarkan solusi perjuangan mengurus emosi yang dilalui para ibu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah, perubatan moden dan pengalaman peribadi.

  • Adlil Rajiah – Parents, Welcome To My World

    RM45.00

    Kita kata nak faham anak, tapi kita tak pernah tahu isi hati mereka.

    Kita kata nak ajar anak, hakikatnya mereka yang banyak mengajar kita tentang kehidupan.

    Mari kita terjun ke dalam dunia anak-anak.
    Selami perasaan mereka.
    Dengar luahan mereka.

    Kerana kita mahu menjadi pendengar nombor satu anak-anak kita, sebelum ‘takhta’ itu diambil oleh orang lain yang entah siapa-siapa.

    Walau senaif-naif soalan anak bertanya, “Mama, are you okay?” Jawablah sekurang-kurangnya dengan senyuman. Kerana anak-anak yang kita sangka polos dan tin kosong itu, adalah lampu suluh yang akan membuka jalan untuk kita terus melangkah dalam dunia keibubapaan.

  • Ustazah Isfadiah – 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi

    RM23.00

    Keistimewaan Buku Ini:

    – Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama.

    – Bertemakan ‘1 hari 1 tip’, disertakan 365 Tip Jom Amal legkap sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun.

    – Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya.

    – Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak.

  • Dr. Hanis Mynis – Urus Rumah With Hani

    RM25.00

    Panduan lengkap urus rumah tanpa stres, langkah demi langkah, dan jimat.

    SEPENUHNYA infografik dan berwarna! ​

    Belajar bagaimana merancang pengurusan rumah, makanan, dan kewangan.

    Ramai antara kita yang tidak gemar mengemas rumah kerana terlalu banyak barang yang perlu diurus. Tetapi sebilangan daripada kita tidak dapat berhenti membeli barang baru.

    Melihat kepada keadaan ini, Dr. Hani Mynis mencurahkan segala ilmu pengurusan rumah yang diambil daripada pengalamannya sendiri dan tunjuk ajar orang tuanya.

    Beliau menyatakan, sekiranya kita mengetahui teknik pengurusan rumah yang efektif dan sistematik, kerja-kerja mengurus rumah tidak menjadi suatu tekanan dan perkara yang memenatkan.

  • Isteriku Bidadari – Ebit Lew

    RM28.00

    Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman Ebit Lew yang dikutip daripada 1001 kisah rumahtangga sepanjang menganjurkan seminar Keluarga Sunnah dan pelbagai program kekeluargaan.

    Kisah rumahtangga tidak mampu diterangkan dengan ilmiah kerana melibatkan akal fikiran yang dibalut tebal dengan emosi. Maka semua kisah dan pengalaman dibukukan menjadi coretan emosi untuk panduan dan tauladan bagi yang ingin meraih kebahagiaan.