Kemahiran

Showing all 7 results

  • Sun Tzu : Art of Business 2021 (Edisi Bahasa Melayu) | Wang Xuanming | PTS

    RM27.00

    Sun Tzu dikenali sebagai Tokoh Ketenteraan Ulung lahir semasa era musim bunga dan musim luruh yang bergolak. Menyahut cabaran zamannya, beliau mengabdikan diri berlawan dalam pertempuran sengit, memerah keringat dan darah, beradu kebijaksanaan dan kekuatan menentang musuh.

    Sun Tzu Art of Business mengetengahkan kajian kes yang boleh diguna pakai dalam strategi bisnes dan mendemonstrasi cara usahawan dan ahli perniagaan menggunakan prinsip Art of War dalam mengharungi dunia yang pantas berubah dan berdaya saing.

    Bagi mencapai kejayaan, usahawan mesti kenal diri sendiri dengan memahami syarikat dan situasi di sekeliling. Usahawan juga mesti kenal orang lain, yang merujuk kepada mengetahui perubahan pasaran, psikologi pelanggan, dan pesaing. 

    Dengan menggunakan seni yang ringkas dan memasukkan unsur humor bagi menerangkan aplikasi seni perang Sun Tzu dalam dunia bisnes, Wang Xuaming menjadikan prinsip ketenteraan amat praktikal untuk semua usahawan dan ahli korporat.

  • The 7 Habits of Highly Effective People: Edisi Bahasa Melayu | Stephen R. Covey

    RM38.00

    Hidup kita ini bukan sekadar “berlaku”. Secara sedar ataupun tidak, jalan hidup kita ini sebenarnya diatur oleh kita sendiri. Kita memilih untuk gembira, bertegas mahupun bertahan. Kita jugalah yang memilih untuk gagal, takut, dan bersedih. Pilihan di tangan kita. Masalah kita adalah apabila kita silap membuat pilihan, kita berputus asa dan memilih untuk membiarkan kesilapan itu mencorak masa depan kita.

    Dinobatkan sebagai salah satu karya yang penuh impak dan berpengaruh, Buku The 7 Habits of Highly Effective People ini sudah berjaya menambat hati pembacanya sejak 25 tahun yang lalu. Buku ini bukan hanya berjaya mengubah presiden sebuah negara ataupun CEO syarikat-syarikat Fortune 500, malah turut memberi kesan kepada individu-individu biasa seperti ibu bapa, guru, serta pelajar.

  • How to Talk to Anyone: Edisi Bahasa Melayu | Leil Lowndes | PTS

    RM40.00

    Buku How to Talk to Anyone adalah buku berbentuk teknikal dan bersifat modul. Ia adalah sebuah buku komunikasi bersifat malar segar, dan dapat dijadikan sebagai alat bantuan komunikasi yang sangat berkesan.

    Diakui, kemahiran berkomunikasi bukan suatu perkara yang boleh dipandang ringan dalam menjalani kehidupan seharian.

    Komunikasi yang baik dan jelas bukan sahaja dapat membantu memudahkan kita menguruskan kehidupan, malahan dapat membina silaturrahim dan ukhuwah yang sihat dan harmoni.

  • The Art of Copywriting | Aqif Azizan | Puteh Press

    RM35.00

    Ramai sebenarnya menghadapi masalah SUSAH SANGAT nak buat copywriting untuk perniagaan mereka.

    Ramai juga sebenarnya yang tak perasan yang sebenarnya copywriting mereka adalah copywriting yang TIDAK BERKESAN.

    Ini bukan BUKAN masalah kecil.

    INI ADALAH MASALAH YANG SANGAT BESAR!

    Sebab apa?

    Sebab, bila susah nak buat copwriting, susah nak berniaga.

    Bila susah nak berniaga, bagaimana nak jana keuntungan!

    [READY STOCK]

  • How to Win Friends and Influence People – Edisi Bahasa Melayu | Dale Carnegie | PTS

    RM35.00

    Kita mampu mendapat pekerjaan yang kita inginkan !

    Kita berupaya mempertingkatkan kualiti kerja sekarang !

    Kita dapat mengubah apa jua situasi supaya dapat memberikan imbuhan berlipat kali ganda kepada kita!

    Selama lebih 60 tahun, segala nasihat dan panduan yang terkandung dalam buku ini berjaya mengubah nasib kebanyakan golongan yang terkenal di dunia terutama sekali dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka.

    Edisi bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain yang dikemas kini ini pasti dapat membantu mengasah bakat kita yang terpendam.

    Dengan membaca buku ini, kita mampu mencapai tahap potensi yang maksimum.

    Dalami tip berikut:

    • Tiga teknik asas dalam menangani kelakuan manusia
    • Enam kaedah bagaimana membuatkan orang menyukai kita
    • Dua belas cara bagi mendorong orang lain menerima buah fikiran kita
    • Sembilan taktik bagi mengubah manusia tanpa mencetuskan konflik
  • The Power of Habit: Edisi Bahasa Melayu | Charles Duhigg | PTS

    RM40.00

    Mengapa kita lakukan apa yang kita lakukan, dan bagaimana hendak berubah.

    “Seluruh hidup kita, selagi ia mempunyai bentuk yang tetap, adalah suatu kumpulan tabiat.” – William James

    Satu kertas kerja yang diterbitkan oleh penyelidik Universiti Duke pada tahun 2006 mendapati lebih daripada 40 peratus tindakan yang dilakukan oleh seseorang itu pada setiap hari bukan hasil suatu keputusan sebenar, sebaliknya itu adalah hasil tabiat mereka.

    Kebanyakan pilihan yang kita buat pada setiap hari mungkin terasa seolah-olah hasil daripada suatu keputusan yang sudah difikirkan dengan sebaik-baiknya, sebaliknya bukan begitu.

    Sebenarnya itu adalah suatu tabiat.

    Walaupun setiap satu tabiat itu sendiri tidak mempunyai sebarang makna, namun lama-kelamaan makanan yang kita pesan, hal yang kita katakan kepada anak-anak pada setiap malam, sama ada kita menyimpan ataupun berbelanja, bagaimana kita beriadah, dan cara kita mengatur fikiran dan rutin kerja mempunyai kesan yang besar atas kesihatan, produktiviti, jaminan kewangan, dan kebahagiaan kita.

  • Tony Buzan – The Speed Reading Book: Edisi Bahasa Melayu

    RM30.00

    Potensi kita untuk memperbaiki kadar kepantasan membaca kepada dua kali ganda lebih pantas berbanding sekarang, dan kemudian mencapai kadar 1000 perkataan seminit, sama sahaja dengan mereka yang berada pada tempat 10 teratas dunia.

    Setiap orang daripada mereka adalah pembaca, yang sama seperti pembaca dan saya, yang pada mulanya tidak berpuas hati dengan kadar kecepatan membaca biasa mereka dan membuat keputusan memperuntukkan masa dan usaha bagi membangunkan kemahiran manusia yang paling berkuasa ini.

    Buku The Speed Reading Book memberi pembaca peluang baik untuk mengikuti jejak langkah mata mereka. Ia adalah hasil latihan dan kajian selama lebih 50 tahun dalam bidang ini.