Puasa

Showing all 2 results

  • Rahsia-rahsia Puasa

    RM18.00

    Kitab ini membahaskan aspek-aspek dalaman amalan berpuasa sebagai tangga untuk penyempurnaan jiwa (tazkiyatun nafs) dan usaha mendekatkan diri kepada Allah (muqārabatillāh). Dalam erti kata lain, beliau membahaskan aspek tasawwuf bagi amalan berpuasa.

    Puasa merupakan ibadah yang mengandungi 1001 hikmah dan keistimewaan tersendiri. la berfungsi sebagai sebuah madrasah bagivseseorang untuk melatih diri, jiwa, dan nafsu. Dengan buku ini, semoga
    pembaca memperoleh intipati faedah berpuasa dan menyungguhkan hakikatnya sebagai proses penyucian diri.

  • Bestnya Puasa !

    RM10.00

    Seperti buku Siri Bestnya sebelum ini iaitu Bestnya Solat! dan Bestnya Doa!, buku ini telah menampilkan imej segar dalam menyampaikan mesej Islam kepada anak-anak.

    Antara kelebihan buku Bestnya Puasa! ini adalah:

    1. Grafik yang menarik dan berwarna-warni.

    2. Jalan cerita yang menyeronokkan bagi kisah Fateh dan keluarganya.

    3. Penjelasan ringkas tentang hukum-hakam puasa, fadhilat puasa, fadhilat bulan Ramadan. Kesemuanya merujuk kepada kitab-kitab hadis yang muktabar di sisi Ahlus Sunnah dan pendapat fiqh dalam mazhab Syafie.

    4. Mempunyai doa-doa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW dan yang dibaca oleh para ulama.

    Buku ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan sekeluarga. Tanpa ragu lagi buku ini sangat bermanfaat untuk anak-anak. Saya sangat gembira kerana menjadi individu yang pertama membaca buku ini, dan tidak sabar untuk melihat ia dibaca oleh anak-anak kita.