-


RM27.00
Sun Tzu dikenali sebagai Tokoh Ketenteraan Ulung lahir semasa era musim bunga dan musim luruh yang bergolak. Menyahut cabaran zamannya, beliau mengabdikan diri berlawan dalam pertempuran sengit, memerah keringat dan darah, beradu kebijaksanaan dan kekuatan menentang musuh.
Sun Tzu Art of Business mengetengahkan kajian kes yang boleh diguna pakai dalam strategi bisnes dan mendemonstrasi cara usahawan dan ahli perniagaan menggunakan prinsip Art of War dalam mengharungi dunia yang pantas berubah dan berdaya saing.
Bagi mencapai kejayaan, usahawan mesti kenal diri sendiri dengan memahami syarikat dan situasi di sekeliling. Usahawan juga mesti kenal orang lain, yang merujuk kepada mengetahui perubahan pasaran, psikologi pelanggan, dan pesaing.
Dengan menggunakan seni yang ringkas dan memasukkan unsur humor bagi menerangkan aplikasi seni perang Sun Tzu dalam dunia bisnes, Wang Xuaming menjadikan prinsip ketenteraan amat praktikal untuk semua usahawan dan ahli korporat.
-


RM35.00
Kita mampu mendapat pekerjaan yang kita inginkan !
Kita berupaya mempertingkatkan kualiti kerja sekarang !
Kita dapat mengubah apa jua situasi supaya dapat memberikan imbuhan berlipat kali ganda kepada kita!
Selama lebih 60 tahun, segala nasihat dan panduan yang terkandung dalam buku ini berjaya mengubah nasib kebanyakan golongan yang terkenal di dunia terutama sekali dalam kehidupan profesional dan peribadi mereka.
Edisi bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain yang dikemas kini ini pasti dapat membantu mengasah bakat kita yang terpendam.
Dengan membaca buku ini, kita mampu mencapai tahap potensi yang maksimum.
Dalami tip berikut:
- Tiga teknik asas dalam menangani kelakuan manusia
- Enam kaedah bagaimana membuatkan orang menyukai kita
- Dua belas cara bagi mendorong orang lain menerima buah fikiran kita
- Sembilan taktik bagi mengubah manusia tanpa mencetuskan konflik
-


RM40.00
Mengapa kita lakukan apa yang kita lakukan, dan bagaimana hendak berubah.
“Seluruh hidup kita, selagi ia mempunyai bentuk yang tetap, adalah suatu kumpulan tabiat.” – William James
Satu kertas kerja yang diterbitkan oleh penyelidik Universiti Duke pada tahun 2006 mendapati lebih daripada 40 peratus tindakan yang dilakukan oleh seseorang itu pada setiap hari bukan hasil suatu keputusan sebenar, sebaliknya itu adalah hasil tabiat mereka.
Kebanyakan pilihan yang kita buat pada setiap hari mungkin terasa seolah-olah hasil daripada suatu keputusan yang sudah difikirkan dengan sebaik-baiknya, sebaliknya bukan begitu.
Sebenarnya itu adalah suatu tabiat.
Walaupun setiap satu tabiat itu sendiri tidak mempunyai sebarang makna, namun lama-kelamaan makanan yang kita pesan, hal yang kita katakan kepada anak-anak pada setiap malam, sama ada kita menyimpan ataupun berbelanja, bagaimana kita beriadah, dan cara kita mengatur fikiran dan rutin kerja mempunyai kesan yang besar atas kesihatan, produktiviti, jaminan kewangan, dan kebahagiaan kita.
-


RM20.00
Menghimpunkan pantun dan gurindam klasik, dikarang khusus untuk:
– Pembawa majlis-majlis adat istiadat dan budaya
– Juruacara majlis-majlis formal kerajaan dan korporat
– Pengerusi pelbagai acara persidangan
– Penyampai ucapan umum
– Anggota pengurusan majlis dan persidangan
– Penyampai ucapan dalam majlis-majlis perasmian
– Penceramah
– Pembawa majlis persidangan
– Ketua rombongan pengantin
– Wakil-wakil dalam majlis pertunangan
– Penulis skrip TV dan video
-


RM30.00
Potensi kita untuk memperbaiki kadar kepantasan membaca kepada dua kali ganda lebih pantas berbanding sekarang, dan kemudian mencapai kadar 1000 perkataan seminit, sama sahaja dengan mereka yang berada pada tempat 10 teratas dunia.
Setiap orang daripada mereka adalah pembaca, yang sama seperti pembaca dan saya, yang pada mulanya tidak berpuas hati dengan kadar kecepatan membaca biasa mereka dan membuat keputusan memperuntukkan masa dan usaha bagi membangunkan kemahiran manusia yang paling berkuasa ini.
Buku The Speed Reading Book memberi pembaca peluang baik untuk mengikuti jejak langkah mata mereka. Ia adalah hasil latihan dan kajian selama lebih 50 tahun dalam bidang ini.
-


RM35.00
“Hasrizal, kamu lahir pada zaman yang salah dan menginginkan sesuatu yang tiada pada realiti hari ini. Mungkin lama selepas kamu tiada nanti, barulah kamu akan difahami!”
Kata-katanya itu membuatkan saya termenung saban hari.
Lazimnya, saya menulis dalam keadaan saya tahu daripada apa sesuatu bermula, dan di mana noktah akhir yang disasarkan sebagai perhentian. Jelas dari hujung rambut hingga ke hujung kaki namun, kembara di sebuah negeri salji bernama Finland ini penuh onak dan duri.
Sebanyak mana pun ia saya ungkapkan dalam bab demi bab, ungkapan itu hanyalah menceritakan sebahagian daripada apa yang saya mampu ceritakan untuk teladan bersama. Seumpama puncak sebongkah ais yang terapung di sepi Artik, apa yang dilihat mata, hanyalah satu persepuluh daripada keseluruhan bongkah ais yang terendam menurut Undang-undang Apungan Archimedes.
Saya hidup dengan persoalan.
Persoalan mendorong saya berjalan.
Perjalanan yang saya coret dalam naskhah ini, tujuannya agar sepi di negeri asing ini tersimpan erat dalam kenangan.
-


RM25.00
Karya Seni Peperangan Sun Tzu adalah sebuah risalah ketenteraan yang dikagumi di seluruh dunia dan merupakan rujukan untuk pelbagai lapisan masyarakat di dunia yang terdiri daripada ketenteraan, strategi bisnes, korporat dan pelbagai lain.
Falsafah Sun Tzu ini boleh dipraktikkan selama-lamanya, walaupun dunia semakin berubah, itulah keunggulan risalah ini.
Kami harap dengan edisi Bahasa Melayu, lebih ramai khusus anak muda akan mengecapi kejayaan melalui karya klasik ini.
“If you know the enemy and know yourself, you need not fear the result of a hundred battles” – Sun Tzu –
-


RM30.00
Kalaulah boleh diabaikan saja isu-isu yang menyerabutkan kita pada hari ini, pasti hidup akan jadi lebih mudah.
Malang sekali, ia mustahil!
Isu-isu ini akan tetap wujud dan berlegar di sekeliling kita. Tanpa prinsip yang jelas, kita akan mudah dipengaruhi oleh pandangan orang lain.
Mungkin telah sampai masa untuk kita berpatah balik selangkah ke belakang dalam melihat semua isu ini. Mengapakah ia mencetuskan pelbagai konflik?
Melalui buku Seni Berfikir Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengupas enam cabang ilmu yang seharusnya kita kuasai. Ilmu yang membentuk cara fikir kita, sekali gus membantu kita menghadapi isu-isu sekitar kehidupan dengan lebih matang.
-


RM38.00
Buku praktikal mempelajari bahasa Inggeris yang informatif dengan gabungan info grafik, lukisan, carta, serta ayat-ayat yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Buku ini terbahagi kepada empat bahagian utama dengan nama yang unik iaitu:
Bahagian 1: Values/ Submarine
Bahagian 2: Attitude/ Scuba Diving
Bahagian 3: Skills/ Snorkeling
Bahagian 4: Knowledge/ Surface
Buku ini turut mengandungi teori-teori kreatif yang seronok dipelajari berserta latihan-latihan praktikal yang boleh dilengkapkan bagi mengukur tahap kefahaman masing-masing.