-


RM28.00
Athena – neo-manusia yang dicipta di dalam makmal merasakan yang hidupnya adalah untuk melindungi manusia daripada kezaliman.
Apabila Erudayn diancam teroris dan isteri Tuan Presiden diculik, Athena, Natalya dan Joseph sekali lagi berganding bahu dalam misi menyelamatkan Erudayn daripada bahaya.
Namun, kemunculan neo-manusia baru bernama Zeus mengejutkan mereka bertiga. Ternyata, kekuatan yang dimiliki Zeus tidak mampu ditandingi Athena.
Pertemuan dua neo-manusia ini membawa Athena merenung kembali persoalan besar dalam hidupnya: Apakah sebenarnya tujuan dia diciptakan? Sebagai pelindung, atau senjata?
Dan mampukah dia mengalahkan Zeus?
-


RM28.00
“Adakah saya…masih lagi manusia?”
“Athena, yang membuatkan kita manusia atau tidak bukanlah keupayaan fizikal kita sahaja.”
“Habis tu apa?”
” Kemanusiaan”
….
Athena: Spesis manusia kebal yang dicipta didalam makmal. Tujuannya hanya satu – untuk digunakan sebagai senjata rahsia tentera kerajaan. Menentang agenda ini, Athena melarikan diri daripada ‘pencipta’nya sehingga ada “senjata” khas terpaksa digunakan untuk memburunya.
Sepanjang pelarian, realiti dunia yang sungguh mengejutkan telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam dirinya.
Benarkah manusia ini makhluk yang lemah?
Adakah penciptaan manusia baru mampu mendatangkan kebaikan?
Dan mampukah, seorang manusia ciptaan seperti dirinya memahami erti kemanusiaan yang sebenar?
-


RM12.00
Inilah sebuah kisah cinta yang tidak terucap oleh lidah.
Masing-masing menyimpan dalam hati kerana takut pada halangan darjat.
Pada akhirnya, apa yang dipendam menjadi bisa dan akhirnya, hanya di bawah lindungan Ka’bah, bisa cinta itu berakhir.
-


RM30.00
Dia diam apabila marah.
Dia diam apabila sedih.
Dia diam apabila kecewa.
Mawaddah Ilmi tidak tahu apa masalah dirinya. Namun, dia sentiasa pasti yang dia tak berhak disayangi, apatah lagi layak ke syurga.
“Aku tak pernah buat apa-apa dengan betul. Aku menyusahkan orang lain sejak dulu. Semuanya salah aku sebab aku tak cukup baik.”
Pendirian Mawaddah berubah sejak Iffat Rusyaidi melihat dia dimalukan semasa suatu temu duga. Dia sentiasa mengelak daripada Iffat, sehinggalah dia menyedari Iffat sebenarnya mengetahui kisah silamnya yang selama ini dilindungi.
Sehelai nota dari masa lalu membuatkan Mawaddah tersedar bahawa ada sesuatu dalam dirinya yang harus diselamatkan – jika dia berani memaafkan dan mencintai dirinya sendiri.
-


RM18.00
Arsène Lupin, seorang budiman yang misteri, hanya menyasarkan rumah agam dan bilik tetamu mewah. Dikenali sebagai lelaki dengan seribu penyamaran.
Dia mampu menjadi sesiapa sahaja: Pemandu, detektif, pembuat buku, doktor Rusia, matador Sepanyol, ahli perniagaan, pemuda bertubuh sasa, atau lelaki tua yang uzur.
Kisah Arsène Lupin, pencuri budiman ini mula diperkenalkan pada 15 Julai 1905 dalam majalah berbahasa Perancis, Je sais tout.
Watak ciptaan Maurice Marie Émile Leblanc atau dikenali dengan Maurice Leblanc ini telah dianggap pembaca pada ketika itu sebagai rakan sejawat Sherlock Holmes, walaupun kedua-duanya berada di sudut yang bertentangan dalam dunia jenayah!
Sembilan kisah pendek pertama Lupin yang diterbitkan dalam Je sais tout telah dikoleksikan dengan judul The Extraordinary Adventures of Arsène Lupin, Gentleman-Burglar dan pertama kali diterbitkan pada 10 Jun 1907.
-


RM30.00 – RM60.00
Empayar 1 (Hikayat Putera Tanpa Nama)
Ilmu Agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa.Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat. Namun jika ia jatuh ke tangan yang jahat akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.
Empayar 2 (Hikayat Mukjizat Daripada Iblis)
Ribuan tahun selepas peperangan yang memusnahkan hampir keseluruhan dunia.
Nusantara kembali aman di bawah naungan sultan sehinggadatang mereka yang mendakwa – kekuasaan itu hasil perjanjian dengan syaitan.
Ilmu agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa.
Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik, akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat.
Namun, jika ia jatuh ke tangan yang jahat, akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.
-


RM28.00
Dia muncul di saat dunia berada dalam keadaan kucar-kacir akibat wabak dan perang. Dia dianggap penyelamat kerana berjaya merawat berjuta-juta orang yang terkena jangkitan wabak.
Dia begitu berpengaruh dan berjaya mengumpulkan berjuta pengikut mengoncangkan politik negara. Ini menggusarkan Tan Sri Jamalee yang telah berkuasa selama 18 tahun.
Adakah kemunculannya satu rahmat atau malapetaka?
Adakah dia Imam Mahadi yang disebut-sebut muncul pada akhir zaman?