Terjemahan Luar Negara

Showing all 4 results

  • How to Stop Worrying and Start Living Edisi Bahasa Melayu | Dale Carnegie

    RM42.00

    Buku ini menghimpunkan koleksi resipi kejayaan yang sudah terbukti keberkesanannya bagi menghapuskan ketakutan dalam kehidupan seharian kita.

    Walau bagaimanapun, kita tidak akan menemui sesuatu yang baru di dalam buku ini. Sebaliknya, kita hanya menemui banyak perkara yang sudah biasa kita dengar, tetapi jarang diamalkan.

    Dalam buku ini terdapat lapan bahagian perbincangan yang berkaitan dengan perasaan bimbang yang dialami oleh manusia, iaitu:

    . Fakta Asas yang Perlu Kita Tahu tentang Ketakutan

    . Teknik-Teknik Asas Menganalisa Kebimbangan

    . Cara Menghentikan Rasa Bimbang Sebelum Ia Membinasakan Kita

    . Tujuh Cara Memupuk Minda Kita supaya Berasa Tenang dan Bahagia

    . Cara Terbaik Mengatasi Kebimbangan

    . Cara Mengelakkan Rasa Bimbang Apabila Dikritik

    . Enam Cara Mengelakkan Keletihan dan Kebimbangan

    . Kisah Benar: Cara Mengatasi Kebimbangan

  • Sun Tzu: Art of War 2021 (Edisi Bahasa Melayu) | Wang Xuanming | PTS

    RM27.00

    Sun Tzu: Art of War meliputi subjek strategi secara meluas. Karya ini mengandungi ilmu yang pelbagai, membincangkan dengan mendalam serta dianggap sebagai buah kebijaksanaan manusia yang mempunyai potensi mengubah hala tuju dunia.

    Sekarang kita dapat lihat bagaimana strategi diterapkan melangkaui medan perang dan mula meresap ke dalam kehidupan sehari-harian, lantas membawa perubahan dalam apa yang selama ini kita pandang enteng dalam perjuangan meneruskan kelangsungan hidup.

    Pengaruhnya bukan sahaja terasa dalam pentadbiran kerajaan, malah kepada pengurusan bisnes, perhubungan awam, dilpomasi dan sukan.

    Oleh itu kita dapat lihat bagaimana fleksibiliti prinsip-prinsip strategi yang diajar oleh Sun Tzu dapat diterapkan, menjadikannya rujukan bagi sesiapa yang mahu menyahut apa sahaja cabaran.

    Buku ini mengandungi lukisan komik sebanyak tiga belas bab Art of War karya Sun Tzu serta menggambarkan pemikiran Sun Tzu secara komprehensif. Turut dimasukkan contoh-contoh yang relevan dari sejarah China untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang idea asal Sun Tzu.

    Buku ini juga menekankan bahawa walaupun pertempuran-pertempuran terkenal sudah disebut dalam buku-buku yang lain, mereka tetap dipaparkan di sini sebagai perbincangan dan analisis tambahan.

    Ini adalah supaya para pembaca dapat mengambil kira pelbagai elemen peperangan termasuk faktor tentera, politik dan kewangan.

    Buku ini turut menyentuh isu-isu seperti perlantikan jeneral, pengaturan anggota tentera dan fomrasi bagi membolehkan buku ini difahami dari pelbagai sudut pandangan agar buku ini terus bermanfaat biarpun dibaca berulang kali.

  • Sun Tzu : Art of Business 2021 (Edisi Bahasa Melayu) | Wang Xuanming | PTS

    RM27.00

    Sun Tzu dikenali sebagai Tokoh Ketenteraan Ulung lahir semasa era musim bunga dan musim luruh yang bergolak. Menyahut cabaran zamannya, beliau mengabdikan diri berlawan dalam pertempuran sengit, memerah keringat dan darah, beradu kebijaksanaan dan kekuatan menentang musuh.

    Sun Tzu Art of Business mengetengahkan kajian kes yang boleh diguna pakai dalam strategi bisnes dan mendemonstrasi cara usahawan dan ahli perniagaan menggunakan prinsip Art of War dalam mengharungi dunia yang pantas berubah dan berdaya saing.

    Bagi mencapai kejayaan, usahawan mesti kenal diri sendiri dengan memahami syarikat dan situasi di sekeliling. Usahawan juga mesti kenal orang lain, yang merujuk kepada mengetahui perubahan pasaran, psikologi pelanggan, dan pesaing. 

    Dengan menggunakan seni yang ringkas dan memasukkan unsur humor bagi menerangkan aplikasi seni perang Sun Tzu dalam dunia bisnes, Wang Xuaming menjadikan prinsip ketenteraan amat praktikal untuk semua usahawan dan ahli korporat.

  • The 7 Habits of Highly Effective People: Edisi Bahasa Melayu | Stephen R. Covey

    RM38.00

    Hidup kita ini bukan sekadar “berlaku”. Secara sedar ataupun tidak, jalan hidup kita ini sebenarnya diatur oleh kita sendiri. Kita memilih untuk gembira, bertegas mahupun bertahan. Kita jugalah yang memilih untuk gagal, takut, dan bersedih. Pilihan di tangan kita. Masalah kita adalah apabila kita silap membuat pilihan, kita berputus asa dan memilih untuk membiarkan kesilapan itu mencorak masa depan kita.

    Dinobatkan sebagai salah satu karya yang penuh impak dan berpengaruh, Buku The 7 Habits of Highly Effective People ini sudah berjaya menambat hati pembacanya sejak 25 tahun yang lalu. Buku ini bukan hanya berjaya mengubah presiden sebuah negara ataupun CEO syarikat-syarikat Fortune 500, malah turut memberi kesan kepada individu-individu biasa seperti ibu bapa, guru, serta pelajar.