Buku Yang Dijual Di Laman Web ini Adalah Disahkan Original oleh Penerbitnya
Komik Gaza Mini (Siri 1 – 6)
RM60.00
Siri 1 – DETIK AWAL PALESTIN DIJAJAH
Siri 2 – PALESTIN TERANCAM ANGKARA KHIANAT
Siri 3 – Duka Palestin Saat Jatuhnya Empayar Islam
Siri 4 – STRATEGI LICIK BRITISH MERAMPAS PALESTIN
Siri 5 – Mimpi Ngeri Rakyat Palestin
Siri 6 – LAHIRNYA HARAPAN BUAT PALESTIN
Description
Siri 1 – DETIK AWAL PALESTIN DIJAJAH
Gaza dan 15 adik-beradiknya hidup bahagia di Palestin – memancing, berniaga roti Tabun, dan bersama-sama kerajaan Turki Uthaminiyah membangun Hejaz Railway, sebuah projek landasan kereta api dari Istanbul ke Madinah untuk meringakan perjalanan jemaah haji.
Dalam kegembiraan mereka, ada helah jahat sedang dirancang oleh Israel dan Theodor Herz untuk menakluk Palestin.
Dan siapa sangka, bukan Israel dan Herzl sahaja yang punya rancangan jahat. Turut ada musuh dalam selimut yang berusaha menjatuhkan khilafah Islam ketika itu.
Tapi…siapa?
Dan kenapa?
Siri 2 – PALESTIN TERANCAM ANGKARA KHIANAT
Hidup Arab! Jatuh Turki!
***
Keamanan Palestin mesti dipertahankan! Begitu azam Gaza.
Namun, bukan semua berkongsi makna keamanan yang sama. Ada pihak yang merasakan perpecahan itu perlu demi membina Palestin yang baru.
Yang salah tetap salah, biarpun ramai pengikut. Ketaksuban boleh meretakkan perpaduan yang selama ini menjadikan Palestin kuat.
Dan apabila Palestin goyah, pihak musuh bijak menyusun langkah.
Apakah akan terjadi kepada Gaza dan adik-beradiknya yang lain?
Bagaimanakah nasib empayar Islam selepas kejatuhan Sultan Abdul Hamid II?
Siri 3 – Duka Palestin Saat Jatuhnya Empayar Islam
“Anak orang Yahudi yang baru pindah masuk? Maksudnya ada orang Yahudi yang bina penempatan baru dekat kawasan inikah?
Tapi bukankah kerajaan sudah tetapkan kawasan ini sebagai kawasan penempatan rakyat Palestin?”
***
Di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid II, tanah suci Palestin terlindung daripada pelbagai ancaman luar yang memerhati.
Namun, dalam diam, ada komplot jahat yang sedang dirancang musuh bagi menggulingkan khalifah berwibawa tersebut.
Apakah yang akan terjadi kepada Palestin sekiranya iakehilangan penjaga yag selama ini menghalang kemaraan pihak musuh?
Siri 4 – STRATEGI LICIK BRITISH MERAMPAS PALESTIN
“Aku hanya mahukan sebuah negara rasmi untuk bangsa aku – Yahudi, dan negara itu ialah Palestin.”
Semenjek Sultan Abdul Hamid II digulingkan, tanah Palestin telah hilang pelindungnya. Pihak British mula memainkan strategi licik bagi memenangi perang dunia pertama ketika itu – dengan menjanijikan tanah Palestin sebagai ganjaran.
Apa yang lebih mengejutkan adalah, bukan sahaja Zionis yang mahu tanah Palestin, tetapi juga bangsa Arab yang selama ini menentang Empayar Uthmaniyah.
Adakah muslihat British itu berjaya?
Siri 5 – Mimpi Ngeri Rakyat Palestin
“Beersheeba, Hebron, lari!!” teriak Gaza, apabila tanah Palestin mula dimasuki tentera British.
Siapa yang melawan, akan ditangkap! Rakyat jadi gempar apabila tanahPalestin dikuasai British. Yang tinggal buat orang Arab hanyalah janji kosong. Malah, rakyat ditekan dengan peraturan yang zalim, dan tanah-tanah Palestin pula dijual kepada Yahudi Israel.
***
Akibat rampasan kuasa tersebut, Gaza tercedera, Jerusalem ditangkap, dan kedai keluarga mereka diugut oleh tentera British.
Strategi licik British kini menjadi sebuah mimpi ngeri kepada rakyat Palestin.
Mampukah Gaza dan adik-beradiknya mempertahankan Palestin dan hak mereka?
Siri 6 – LAHIRNYA HARAPAN BUAT PALESTIN
“Sebelum ini aku percayakan kau. Kemudian apa kau buat? Kau khianat!” Jerusalem mengungkit.
“Kalau aku boleh undurkan masa, aku akan betulkan semula kesilapan aku yang lalu,” Ulza meluahkan kekesalan.
* * *
Apabila bangsa Arab tersedar British dan Yahudi Zionis hanya memperalatkan Gerakan Nasionalis Arab untuk merampas Palestin, mereka bangkit menentang.
Palestin ada harapan jika umat Islam bersatu menentang kejahatan Yahudi Zionis dan sekutunya.
Mampukah umat Islam yang sebelum ini berpecah-belah mengetepikan perbezaan mereka dan berganding bahu menentang penjajahan British?
Adakah Gaza dan Jerusalem akan memaafkan Ulza setelah apa yang dilakukannya dahulu?
Additional information
Weight | 1.2 kg |
---|